Isnin, 18 Mac 2013

KACANG LUPAKAN KULIT
















Ramai penjawat awam sekarang ini menghentam kerajaan sendiri.Ini berpunca daripada terhasut dengan hasutan PR yang hanya pandai menghentam,menabur janji yang tidak pernah ditepati.

Apa lagi pihak penjawat awam mahukan? Apa lagi yang tidak puas hati dengan kerajaan? Gaji? Sudah PM naikkan..Elaun? Imbuhan? Lebih dari pekerja swasta..Apa lagi yang tidak cukup pada mereka?

Guru,sepatutnya mereka perlu mendidik,membimbing anak-anak bangsa supaya positif kepada kerajaan.

Tetapi sebaliknya pada zaman sekarang. Di manakah akal mereka sehingga tidak tahu menilai baik dan buruk sesuatu perkara itu?

Hari-hari pergi mengajar, habis mengajar cerita hal politik yang tak masuk akal.Begitukah sikap guru zaman sekarang?

Jika mereka yang tergolong di atas ini sudah tidak selesa lagi dengan kerajaan,lepaskan jawatan yang ada kepada mereka yang lain.

Ramai graduan-graduan yang menganggur disebabkan tiada kekosongan kerja.Kerja yang ada telah diisi oleh orang yang lupa daratan.Lupa asal usul mereka.Lupa perjuangan nenek moyang mereka.Lupa di mana mereka berada.Lupa segala-galanya.

Apa yang mereka ingat hanyalah menghentam kerajaan. Apa yang kerajaan buat semua salah.

Tapi bila kerajaan bagi bonus,puak-puak ini lah yang akan beratur dahulu di depan mesin ATM.