ATM sedang mengawal sempadan |
Mereka membantah pencerobohan itu sambil melafazkan ikrar taat setia kepada kerajaan persekutuan dan negeri.
Mereka juga berikrar tidak akan membantu penceroboh militan itu yang datang dari selatan Filipina.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, pada sidang akhbar selepas meninjau dan mendengar taklimat Op Daulat, berkata ikrar itu terkandung dalam memorandum yang diserah kepadanya oleh pemimpin Masyarakat Etnik Suluk Sabah, pemimpin Badan Bukan Kerajaan (NGO) Suluk Sabah dan pemimpin akar umbi Suluk Sabah di Tawau, hari ini.
Dalam memorandum yang diserah wakil kumpulan pemimpin itu, Datuk Abdul Rahman Ismail, mereka juga melafazkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong dan Yang Dipertua Negeri Sabah serta menjunjung tinggi perlembagaan Malaysia dan perlembagaan Sabah.
Kumpulan itu juga melafazkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah.
Sumber : Utusan