Ahad, 31 Mac 2013

Motosikal lebih efisien dan mudah untuk mengatasi masalah jenayah



Jika dahulu PDRM bergantung 100 peratus kepada penggunaan kereta tetapi kini tranformasi yang dilakukan oleh kerajaan dengan menambah bilangan motosikal lebih efisien dan mudah untuk membolehkan anggota sampai ditempat kejadian dengan pantas.

Sebelum ini polis menggunakan motosikal kategori moped dan kelajuan yang amat rendah dan ia memudahkan penjenayah melarikan diri jika berlaku samun dan sebagainya.

Kini dengan perubahan yang dilakukan oleh Najib, PDRM akan lebih efisien dan lebih mantap dalam menjalankan tugas harian mereka.

Janganlah pula ada mulut-mulut celaka yang mempolitikkan isu penambahan 1000 buah motosikal Kawasaki Ninja 250cc pemasangan tempatan.