Selasa, 26 Mac 2013

NAMA ANUWAR IBRAHIM TIDAK DICALONKAN SEBAGAI CALON PRU13

KEMANAKAH ANUWAR IBRAHIM MENGHILANGKAN DIRI

Senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah. Apa punya malang nasib PR, satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri. Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.

Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.

Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim. Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada.

"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka?

"Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti?" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.

Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon, yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit. Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat, sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.

Sebagai contoh, apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada di kalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan, kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.

Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia, kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda, walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.

Ada desas-desus yang mengatakan, apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh, Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal.

Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat semalam.

SENARAI CALON PKR

  1. Sembrong - Onn Abu Bakar
  2. Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein
  3. Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
  4. Segamat - Chua Jui Meng
  5. Batu Pahat - Syed Hamid Ali
  6. Selayang - William Leong Jee Ken
  7. Kuantan - Fuziah Salleh
  8. Azan Ismail - Kemaman
  9. Padang Serai - N Surendran
  10. Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail 
  11. Sungai Petani - Johari Abdul
  12. Pandan - Rafizi Ramlii
  13. Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari
  14. Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty
  15. Mustafa Kamil Ayub – Pasir Salak
  16. Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong
  17. Setiawangsa - Ibrahim Yaacob
  18. Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
  19. Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin
  20. Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh
  21. Saratok - Ali Biju
  22. Hulu Rajang - Abun Sui Anyit
  23. Baram - Roland Engan
  24. Limbang - Baru Bian


SENARAI CALON DAP

  1. Gelang Patah - Lim Kit Siang
  2. Kluang - Liew Chin Tong
  3. Ipoh Timur - Thomas Su
  4. Ipoh Barat - Wong Kah Woh
  5. Batu Gajah - Sivakumar