Sabtu, 23 Mac 2013

Nizar belum confirm bertanding di Changkat Jering



Bekas Menteri Besar Perak ke 10, Nizar Jamaluddin belum sah bertanding di Changkat Jering walaupun dua pengumuman telah dibuat oleh Raja Dr Al-Hiss dan Abu Bakar Hussin.

Pengumuman pertama yang dibuat oleh Raja Al- Hiss telah menyebabkan ahli Pas akar umbi  marah dan kecewa terhadap tindakan beliau yang tidak profesional dan membelakangkan pucuk pimpinan parti.

Pengumuman kedua dibuat oleh Abu Bakar Hussin sebagi menutup malu tindakan mulut jelabas Raja Dr Al-Hiss yang gatal mulut menamakan Nizar akan bertanding di Changkat Jering. Pun begitu, Nama Nizar belum lagi diputuskan di peringkat Pas Pusat.

YDP Pas Bukit Gantang Nordin Jaafar dan penyokongnya kini sedang membantah supaya kerusi Changkat Jering diberikan kepada calon tempatan bukan kepada Nizar Jamaluddin ( orang luar)  yang telah banyak membuat kerosakan kepada parti Pas.

Kenapa Nizar nak bertanding di Dun Changkat Jering, kenapa tidak mengekalkan kerusi parlimen sepertimana yang beliau sandang sekarang?

Alasan pertama ialah reputasi dan rekod perkhidmatan Nizar sebagai ahli parlimen Bukit Gantang amat buruk. Sepanjang 4 tahun menjadi ahli parlimen namanya hampir tiada dalam hansard  parlimen, bermakna Nizar kerap tiada dalam dewan rakyat atau tidak pernah buka mulut dalam persidangan. Apa lagi untuk bertanya soalan atau berhujah. Ini adalah punca utama Nizar tidak mahu mempertahankan kerusi ahli parlimen yang disandang beliau sekarang.

Alasan Kedua mengapa Nizar memilih Dun Changkat Jering?

Nizar berasa dirinya sudah cukup selesa dengan Bahagian Bukit Gantang. Sebagai ahli parlimen beliau sudah banyak bertemu dengan ahli-ahli Pas peringkat akar umbi melalui pentas ceramah dan majlis kenduri kahwin.

Nizar yakin bahawa penduduk Changkat Jering dapat menerima pickup dan van beliau sebagai wakil rakyat, walaupun beliau tidak perlu hadir dalam semua program.

Nizar sepatutnya mempertahankan kerusi DUN Pasir Panjang, tetapi kerana terlalu banyak protes oleh ahli Pas sendiri menyebabkan nama Nizar awal-awal lagi dinyahkan keluar, kini kerusi Pasir Panjang akan diwakili oleh Muslimah Pas. Bakal calon baru dalam program Munajat di Masjid Kampung Expo Kamunting Perak pada 1 Mac lalu menyatakan kehadiran beliau ke Pasir Panjang sebagai ubat untuk membaiki kelemahan wakil rakyat yang terdahulu. Siapa yang terdahulu? Tak lain dan tak bukan beliau ialah Nizar Jamaludin.

Sebelum nama Nizar diumumkan bertanding di Changkat Jering, nama beliau disebut-sebut akan bertanding di kerusi Parlimen Kampar, tempat kelahiran beliau, tetapi selepas disempua ( kira tolak dan campur) oleh beliau dan Dap ternyata Kampar buat gelanggang yang sesuai untuk Nizar.

Berbalik kepada kerusi Panas di Changkat Jering.

Hari ini anak tempatan mahukan Ustaz Nordin Jaafar bertanding di N14 bukan sewenang-wenangnya diberikan kepada Nizar Lambai yang ternyata sudah bangkrup minda politik beliau.

Dalam rekod PRK P59 pada tahun 2009, semua peti undi di Changkat Jering dimenangi oleh BN. Nizar menang kerana undi dari Sepetang sahaja. Jadi jika Nizar masih mahu bertanding di N14 bermakna Nizar sudah membunuh diri dia awal-awal lagi...

Kesimpulannya ialah Nizar seorang jurutera lift tetapi bukan pakar matematik , perkiraannya ialah untuk menentukan satu-satu lift dapat naik dan turun mengikut kadar masa yang ditentukan. Dalam politik perkiraan Nizar terhadap lift tidak boleh diguna pakai.

Yang bijak bermain dengan angka ialah Ngeh Koh Ham dan Ngar Kor Ming sahaja.

Terakhir;

Apakah Pas akan menolak pandangan ABANG BESAR mereka iaitu Anwar Ibrahim yang mahukan kerusi Changkat Jering ?