|
Islam lah sangat |
|
Munafikun |
|
Dengan muka tak malu, mereka menjaja fitnah dan pembohongan |
|
Bersih gudang untuk bawa masuk bahan-bahan kempen PRU 13 |
|
Bahan kempen stok lama yang tak laku pajak gadai |
Untuk makluman, petang Khamis semalam saya bersama keluarga seperti biasa ke pasar malam Hulu Kinta, Perak. Mungkin kerana nak pilihan raya semakin hampir, saya melihat beberapa orang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat (PR) dengan memakai baju kuning bersih bertungkus lumus menyebarkan risalah menghentam kerajaan. Siap berteriak kononnya risalah yang diberikan mengandungi isu-isu yang disembunyikan dari media massa pro kerajaan.
Saya turut mengambil risalah yang diberikan untuk melihat apakah isu-isu yang dikatakan itu. Malangnya setelah dibaca saya lihat isu-isu yang diwar-warkan kebanyakan isu-isu lapuk yang dikitar semula. sebahagiannya pada saya bersifat fitnah atau fakta yang boleh dipertikaikan.
Itu pada pandangan saya yang membaca kedua-dua sumber media massa utama mahupun dari pembangkang atau alternatif, tetapi pada yang tidak mempunyai akses internet atau kurang membaca bagi mendapatkan isu sebenar mungkin boleh terpengaruh.
Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam berhubung peristiwa semalam. Nampaknya PR telah mula berkempen di pasar malam sini.
Sumber: email