Ahad, 10 Mac 2013
Surat Cinta 3 Segi
YB Tuan guru Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang
Pejabat Agung PAS Pusat
No. 38-A Jalan Raja Laut
50350 Kuala Lumpur 4 Mac 2013
Saya Mohd Fareez Kamal Intidzam, 890625-10-5273, mengakui bahawa saya adalah seorang ahli parti keadilan rakyat dan merangkap selaku Setiausaha Politik kepada YB Zuraida Kamaruddin (Ahli Parlimen Ampang / Ketua Wanita Keadilan) sejak tahun 2008.
Saya juga mengakui bahawa mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, (Ketua Umum Keadilan) di mana sejak tahun 2008 saya dan Anwar amat dicemburui oleh isteri beliau, dan anaknya Nurul Izzah Anwar.
Maka saya dengan ini meminta jasa baik tuan guru untuk menyelamatkan plihanraya ini dari sikap negative Wan Azizah dan Nurul Izzah yang mahu menghancurkan sesiapa sahaja yang dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim.
Saya berpendapat hanya tuan Guru seorang sahaja, selaku Presiden Pas yang mampu mendesak Wan Azizah untuk undur diri dari jawatan Presiden sebelum menjelang PRU13.
Lagipun wan azizah tidak boleh bertanding Parlimen, maka apa gunanya jadi Presiden jikalau tidak boleh bertanding kerusi parlimen. Ini sesuatu yang amat memalukan PR.
Ramai Ahli-ahli keadilan yakin dengan kewibawaan YB Azmin Ali yang dilihat memang layak dan mampu memimpin ke arah kecemerlangan PR pada PRU13.
YB Azmin seorang pemimpin yang lengkap dan tidak seperti Wan Azizah yang saya yakin semua pihak Pakatan akui, hanya sebagai proxy tanpa kewibawaan kepimpinan dan suka berpura-pura tidak tahu dalam perbagai perkara dan isu.