Isnin, 4 Mac 2013

Syukri Saad terus memburu mangsa

Syukri Saad

Sejak blog ini menyiarkan gambar lelaki ini, beberapa mangsa telah menghantar Gmail untuk mengetahui bagaimana lelaki ini boleh berada dalam blog ini.

Untuk pengetahuan umum, maklumat dan foto ini telah dikirimkan oleh mangsa melalui email dan mohon dihebahkan.


Menurut maklumat mangsa, lelaki ini cukup bijak merayu dan menipu mangsa kononnya kehidupannya susah dan hidupnya kacau bilau kerana fitnah dan kena perbuatan sihir.

Dengan menunjukkan watak untuk meraih simpati dan beliau cuba mendapatkan bantuan mangsa. Lelaki ini juga mempunyai ilmu hitam dan menyimpan minyak pengasih atau lebih dikenali sebagai minyak dagu dan sesiapa yang dipalit dengan minyak tersebut akan mudah menjadi mangsa beliau.

Beliau juga temberang kononnya beliau seorang chef di New Zealand dan kembali untuk ke Malaysia setelah beberapa tahun di sana. 

Menurut orang kampungnya Syukri tidak pernah memiliki pasport antara bangsa dan berasal dari Kulim Kedah. Anak seorang bilal dan  telah dibuang kerja oleh majikan. Beliau juga meninggalkan isteri yang ketika itu sedang mengandung 5 bulan dan bergedanglangan di Kuala Lumpur dan Selangor seperti Bangi dan lain-lain bandar.

Mangsanya terdiri daripada pelbagai kaum, melayu, cina, India semua boleh, jika mangsa bukan Islam dia akan tunjuk naive dan cuba memujuk mangsa ke arah jalan yang betul iaitu untuk memeluk Islam.

Apabila mangsa sudah masuk dalam perangkapnya maka segala-gala harta seperti wang, barang kemas dan lain-lain harta benda bernilai akan dikikis perlahan-lahan, mangsa merelakan kerana telah disihirkan.

Selalunya apabila berjalan atau bersama mangsa, beliau enggan berhadapan dengan khalayak dan lebih suka menyendiri dari berada dalam kelompok orang ramai.

Mangsa yang terperangkap dengan tipu daya beliau akan menjadi hamba dan membelakangkan keluarga sendiri, mengabaikan kerjaya dan hanya setelah berubat barulah mangsa sedar akan tipu daya lelaki ini.

Menurut mangsa beliau juga menjadi pelarian kerana kisahnya telah didedahkan dalam blog ini. beliau kononnya pernah berjumpa dan membuat laporan kepada SKMM supaya mengambil tindakan kepada blog ini tetapi menurutnya SKMM tidak melayan permintaannya. Biasanya dia akan menceritakan kepada mangsa setelah mangsa membaca maklumat beliau di blog ini. Kononnya kerana blog ini jugalah beliau sukar mendapat pekerjaan. .

Menurut mangsa beliau sering berkeliaran di sekitar Kuala Lumpur iaitu antara Pudu Central belakang rest house belakang 7 eleven Pudu Raya dan Pasar Seni Kuala Lumpur atau Central Market.

Kelicikan lelaki ini juga pernah memperdaya seorang wanita sehingga beliau boleh pegang access card pejabat mangsa dan dia bebas keluar masuk, bila orang bertanya , dia mengaku dia adalah Pak Guard.

Lelaki penipu hidung belang ini juga tidak mempunyai apa apa sijil termasuk lah tidak mempunyai SPM tetapi pandai berbahasa Inggeris dan mengaku pernah bekerja sebagai arkitek dan kemudian mengaku pernah bekerja sebagai draughtman.

Beliau juga seorang usahawan yang berjaya, mempunyai wang yang banyak dalam bank. Pernah jumpa Presiden Maldives dan mendapat kontrak untuk membekalkan ubat-ubatan dan peralatan perubatan ke semua hospital di sana tetapi kasut sekolah anak mangsa pun dia rembat.

Dahulu beliau mencari mangsa melalui laman-lama sosial seperti myspace, tagged dan facebook, kini beliau aktif mencari mangsa dengan menggunakan aplikasi BBM. ( BlackBerry)
bersambung.