Sekalung tahniah kepada Tun Faisal Pengerusi UMB Pemuda Umno Malaysia yang berjaya mengembangkan sayapnya ke Perak.
Setelah hampir 4 tahun UMB ditubuhkan dan berjaya menembusi Sarawak, Sabah dan negeri-negeri lain, kini bertapak di Perak pula di saat-saat PRU around the corner, lebih hebat apabila diserikan dengan puteri-puteri yang comel-comel yang dapat memberi semangat dan motivasi kepada putera dan pemuda.
Sebelum ini UMB Perak telah wujud tetapi atas kapasiti umum dan digerakkan oleh war room Perak. Ia telah membangunkan sebuah laman web untuk 24 bahagian UMNO iaitu Portal Umno Perak, tetapi projek tersebut ibarat projek 3T ( tanam-tanam tinggal).
Laman portal tersebut adalah hasil keringat Saudara Helmi dan bossnya tetapi setelah projek berjaya beliau di tinggalkan dengan kata lain dibuang dan terpaksa berhijrah dan mencari rezeki ditempat lain. (diambil bekerja oleh Perak Today dan kini bersama IDR).
Pelancaran portal tersebut turut dihadiri oleh Tun Faisal dan satu seminar turut diadakan, Dato A.Kadir Yassin hadir sebagai pembentang kertas kerja seminar. Jika tak silap ia dibuat pada akhir 2009 atau awal 2010
Adalah elok jika kesemua tentera di atas (PCT) dapat menghidupkan semula laman portal tersebut.
Terima kasih juga kepada Tun Faisal kerana sejak penubuhan UMB Malaysia, banyak kali Taipingmali dapat berkalaborasi bersama UMB, banyak juga ilmu yang dapat dikongsi dengan beliau dan rakan-rakan lain.