Program Anwar berjaya dibatalkan oleh Krew Taipingmali |
Mana muka Ustaz Akmal Kamaruddin? |
Pada hari Khamis Krew Taipingmali telah terlihat satu iklan di facebook yang mengajak orang ramai ke surau diri Jumaat di Taman Mewah dengan membawa tikar dan sejadah.
Menyedari tentang cubaan Anwar untuk kencing penduduk Taman Mewah, Krew Taipingmali telah mengerakkan NGO yang untuk membuat satu bantahan. Hasilnya sehingga jam 12 malam, sebanyak 61 laporan polis berjaya dibuat di Balai Polis Kamunting dan IPD Taiping.
Pada hari Jumaat selepas sahaja selesai Fardu Jumaat sebahagian penduduk telah memulakan bantahan siri pertama di luar Surau Istiqlal, Taman Mewah.
Perancangan Krew Taipingmali berjaya dihidu oleh pihak Pas Taiping dan mereka bersedia untuk merakam gambar dan cuba menggagal bantahan yang dibuat dengan skala kecil sahaja. Seorang pengikut tegas Pas pangilan manjanya Tok Wan cuba menghalau dan menggagalkan demo tersebut.
YDP Pas Taiping meroyan dan naik angin, dia telah mendapat berita kononnya demo tersebut dibuat dalam kawasan masjid. Pun begitu Fakhardin kantoi selepas dia mengetahui bantahan tersebut dibuat diluar kawasan masjid.
Pas Taiping nak memburukkan peserta bantahan kononnya mencemarkan masjid, cuba kita imbas kembali kisah Pas membuat demo di Masjid Daerah Taiping tahun lalu kerana membantah pengharaman terhadap ceramah politik, Pas mengimport Unit Anal dari Kuala Lumpur untuk membuat kacau.
Apa pun Krew Taipingmali mengucapkan tahniah kepada peserta yang sudi turun untuk membuat demo pada sebelah petang tanpa perlu dibayar sepertimana yang dilakukan oleh pembangkang. Terima kasih, jasa dan kesudian tuan-tuan amat kami hargai.
Bantahan dengan 61 laporan polis menyebabkan Anwar menghantar kereta peronda untuk membuat tinjauan di laluan tersebut. Beberapa orang jurugambar juga turut ditugaskan untuk membuat liputan.
Akibatnya kerana takut, Anwar telah membatalkan tazkirahnya di taman tersebut dan berhimpun di UPU Kampung Kurnia Jaya. Ramai juga jemaah Pas yang masuk ke Taman Mewah telah bergegas ke Kampung Kurnia Jaya untuk bersama Anwar. Kira-kira 100 orang telah hadir untuk menyambut Anwar di UPU Kurnia Jaya sebelum rombongan ke Batu Kurau.