Khamis, 21 Mac 2013

YUSUF ISHAK PENGASAS PARTI TINDAKAN RAKYAT SINGAPURA

Fail:Presiden Yusof Ishak.jpg
Encik Yusof bin Ishak


Encik Yusof bin Ishak (12 Ogos 1910 - 23 September 1970) adalah Yang di-Pertuan Negara dan Presiden Singapura yang pertama.

Beliau dilahirkan di Padang Gajah, Trong, lebih kurang 18 batu dari Taiping, Perak. 

Bapanya, seorang keturunan Minangkabau, berasal daripada Sumatera Barat dan ibunya dari Langkat. Mereka berhijrah ke Pulau Pinang dan setelah itu ke Perak, Malaysia.

Encik Yusof adalah anak sulung di dalam keluarga yang terdiri daripada 9 orang. Bapanya, Encik Ishak bin Ahmad, merupakan Pemangku Pengarah Perikanan Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Encik Yusof menerima pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Kuala Kurau, Perak. Dua tahun kemudian, beliau dipindahkan ke Malay School di Taiping dan pada 1921, memulakan pengajian dalam aliran bahasa Inggeris di Sekolah King Edward VII, Taiping.

Pada 1923, bapanya telah ditempatkan ke Singapura. Encik Yusof mengikuti keluarganya dan melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School sehingga Disember 1923.