Isnin, 8 April 2013

6 juta Aku Janji BN diedarkan

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyatakan aku janji BN akan menjadi medium penting dalam memastikan rakyat mengetahui 17 perkara utama yang terkandung dalam aku janji tersebut dengan lebih terperinci.

Menurut Tengku Adnan, kerajaan yang memerintah iaitu BN mahu rakyat menilai sendiri secara sistematik dan kreatif seterusnya membawa kesedaran parti mana yang perlu dipilih sebagai pembela nasib mereka nanti.

Cuma Taipingmali berharap sikap setiap bahagian Umno dan BN tidak menjadikan buku tersebut sebagai tukun dan terperap di bilik gerakan atau pejabat Umno Bahagian dan cawangan.

TM masih ingat apabila melawat sebuah pejabat Umno Bahagian dalam PRK peringkat Parlimen, berlonggok-longgok risalah, akhbar dan bahan-bahan cetakan tersusun kemas di dalam dewan berhari-hari tanpa diedarkan.

Kali ini diharapkan perkara seperti berikut tidak akan berulang lagi.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.