Jumaat, 19 April 2013

Abdul Hadi Abdul Khatab bertanggung jawab dalam kehilangan enjin jet F5E

Hadi bernasib baik kerana hanya dibersarakan sama seperti Razman Zakaria  YDP Pas Lenggong

Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab kini ahli politik mee segera dalam PKR . Beliau adalah seorang bekas Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) lebih 30 tahun dan dilucutkan perkhidmatan atau bahasa kasar dipecat kerana kesalahan kes enjin jet F5E yang hilang.
Salah satu aset yang dikumpul beliau 

Beliau pernah telah menyaman kerajaan Malaysia dan Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Azizan Ariffin pada 27 April 2010 kerana pada hemat beliau pemecatan tidak sah ke atasnya berikutan kehilangan dua enjin jet pejuang F5E dari kem TUDM Sungai besi.


Beliau menuduh Azizan atau Majlis Angkatan Tentera Malaysia melalui surat pada 5 November 2007 telah mengarahkan setiap seorang mereka mengaku terhadap kehilangan enjin pesawat tersebut, beliau mendakwa ‘dipaksa untuk bersara” tanpa penjelasan atas salah laku yang dikatakan, sedangkan masih mempunyai kontrak pekerjaan yang sah.

Berdasarkan Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975, beliau telah dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera di bawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972.

Tindakan beliau menyertai PKR adalah untuk membalas dendam terhadap majikan dan kerajaan BN. penyertannya diumumkan oleh Anwar Ibrahim di Taman Tun Abdul Razak.

Sebelum menyertai pembangkang, media Pas dan Pkr mengkritik hebat kerajaan Malaysia berikutan kehilangan enjin jet tersebut. Bukan sahaja pegawai TUDM yang dikutuk dan dihina, menteri pertahanan dan KDN juga turut dihenyak kononnya gagal menjaga aset negara.

Hari ini semua kutukan dan tohmahan tersebut terpaksa dijilat semula setelah Hadi menyertai pembangkang. Segala dosanya hilang apabila penyokong Pas bertakbir apabila beliau naik ke pentas ceramah Pas.