Seronok Gilak Orang Pas Bila Mike Tyson Dah Jadi Geng |
Politik Anwar Ibrahim sememangnya hebat. licik dan jijik. Kepada pemerhati dan pengikutnya sejak tahun 70an sedar dan faham siapa Anwar. Beliau adalah berhaluan kiri yang hanya menjadi ketua penunjuk perasaan bila pihak Rusia berbuat sesuatu terhadap kesejahteraan dunia, sebaliknya berdiam diri apabila Barat melakukan sesuatu kekejaman dan pencerobohan ke atas pihak lain.
Dengan berbekalkan wajah Islam dan kelembutan, Anwar berjaya mempengaruhi Tun Mahathir untuk menyertai Umno. Kemasukan beliau telah memberi tamparan hebat kepada PAS. sebelum ini Pas cuba memancing Anwar yang juga merupakan orang kuat ABIM.
Anwar membawa masuk orang-orang Abim ke dalam Umno dan berjaya meletakkan orang Abim ke tempat yang istimewa dalam kerajaan dan Umno dan berjaya menjadi wakil rakyat.
1993 Anwar berjaya menjadi Timbalan Presiden Umno dan telah membentuk satu pasukan Team Wawasan yang terdiri daripada Muhamad Taib (yang baru menyertai Pas malam tadi), Najib (PM), Muhyiddin (TPM) dan Anwar sendiri. Tujuannya ialah untuk meletakkan Najib, Muhyiddin dan Muhammad Taib sebagai Naib Presiden Umno . Keempat-empat orang ini menjadi tiang utama untuk melonjakkan Anwar berada di kerusi Timbalan Presiden.
Tan Sri Muhammad bin Haji Muhammad Taib (dikenali dengan gelaran Mat Taib dan Mike Tyson) ialah bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan juga bekas Menteri Besar Selangor.
Pada Perhimpunan Agung UMNO 2009, beliau dipilih menjadi calon Timbalan Presiden UMNO tetapi tewas di tangan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Karier politik beliau menjadi suram dan akhirnya berkubur begitu sahaja setelah terlibat dalam beberapa kes. Pertama ialah perkahwinannya dengan anakanda Sultan Selangaor Ku Yah.
Tengku Puteri Zahariah binti Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah (Kuyah) merupakan puteri Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah.
Kes kedua yang paling memalukan dan menjatuhkan beliau ialah, beliau terpaksa meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor setelah Mahkamah Majistret Brisbae memutuskan beliau bersalah membawa keluar wang tunai sebanyak RM 2.4 juta ke Australia.
Beliau ditahan di Lapangan Terbang Brisbane, Australia pada 16 Disember 1996 kerana tidak mengisytiharkan wang milik adiknya untuk membeli tanah di Queensland . Wang tunai tersebut dalam bentuk ringgit Singapura, Malaysia dan New Zealand. Beliau didakwa di dibawah Financial Transaction Reports Act 1988, Australia.
Perbicaraan di Mahkamah Persekutuan Brisbane pada 19 Ogos 1997 kerana gagal memaklumkan membawa wang lebih A$5,000 . Beliau dan isterinya menginap beberapa minggu di Brisbane dan berhasrat membina rumah mewah di Gold Coast , barat Queensland di atas tanah seluas 4,500 hektar. Selepas itu beliau terbang ke New Zealand. Tanah di Sovereign Island itu didaftarkan atas nama isterinya Asbi Rohani Binti Asnan yang dibeli setahun sebelum itu dengan harga $3 juta.
Dokumen menunjukkan tanah seluas 573 meter persegi di Pakurunga 18 Jun 1996; Tanah 1713 meter persegi di Otahuhu dibeli pada 27 November 1996 pada harga $550,000; dan 4 keping tanah di Mataitai seluas 144 hektardibeli pada 29 November 29 1996 dan 11 Mac 1997. Tanah di Pakurunga dibayar oleh Hasan Bin Muhamad Taib, adik kepada Tan Sri Muhammad dengan harga $520,000 pada 1990 di Singapura.
Kontroversi timbul kerana biasanya jual beli tanah tidak melibatkan wang tunai , sebaliknya cek atau kad kredit sahaja sahaja. Apakah benar wang itu milik adiknya sungguhpun adiknya benar-benar kaya. Anehnya dia selaku Menteri Besar Selangor telah ditugaskan sebagai pegawai keselamatan kewangan. Kes ini terlepas begitu sahaja kerana tidak ada rekod bank atau individu untuk dirujuk kebenarannya. Jadi membawa wang tunai ini telah dirancang dengan teliti olehnya.
Kini Mike Tyson semakin dilupakan, Mungkin juga Anwar telah bertemu dan berunding dengan beliau untuk kembali aktif dalam politik , Mike Tyson perlu mencari tapak yang baru. Kemungkinan besar kemasukan ke dalam Pas hanya bersifat sementara tetapi hati dan jiwanya tetap bersama Anwar.
Anwar mempunyai pengaruh yang besar dalam politik negara kerana banyak berjasa kepada mereka terutama ketua-ketua bahagian Umno yang ramai menjadi jutawan segera setelah membantu Anwar menewaskan Tun Ghafar 1993 untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.
Oleh yang demikian Pas terpaksalah menelan semula segala bentuk cacian dan tohmahan tehadap Mat Taib (Mike Tyson), begitu juga sebaliknya.
Taipingmali tidak terperanjat dengan berita kemasukan beliau ke dalam Pas, hanya Pas saja yang seronok tak ketahuan bila berjaya bawa masuk beliau. Beliau adalah klon baru yang diimplan ke dalam Pas oleh Anwar.