Sabtu, 6 April 2013

ANWAR IBRAHIM SEMAKIN SERABUT PERUT


Sesumpah
Kelmarin TM dan The Krew berbincang mengenai strategi Anwar Ibrahim menjelang PRU 13. Anwar dilihat cuba membuat huru hara di Perak dengan mencanangkan dia akan bertanding di Ipoh Timur, Taiping dan Teluk Intan. ( BN Perak juga mencabar agar beliau bertanding di Tambun dan Pasir Salak)

Pada hakikatnya ramalan kami tepat kerana beliau muktamad dalam ceramah beliau di Sungai Ara sebentar tadi akan mengekalkan kerusi Permatang Pauh.

Pun begitu cerita ini masih belum boleh dipercayai, esok atau lusa beliau akan bercakap lain pula. Seekor cameleon boleh berubah wajah dan warna dalam sekelip mata.


Pengumuman ini dibuat sebaik sahaja beliau mengetahui bahawa Perdana Menteri Dato Seri Najib akan mempertahan kerusi di Pekan Pahang.

Tunggu reaksi selanjutnya dari seekor cameleon.