Ahad, 21 April 2013

Anwar Ibrahim terpaksa turun ke Kuala Sepetang hari ini.

Muka Anwar muka sepuluh sen 
PKR Simpang juga tutup
Chua Yee Leng tidak diterima oleh Pkr Bkt Gantang
Pejabat PKR tutup



Jawatan kuasa PKR Bukit Gantang dan Kuala Sepetang telah lumpuh kerana Anwar Ibrahim meletakkan calon baru Chua Yee Leng, jurucakap media kepada Pkr dan PA kepada Elizabeth Wong Adun hutan belukar Bukit Lanjan.

Chua adalah bidan terjun dari Batu Pahat Johor dijangkakan akan bertanding di Tanjung Malim tetapi telah dipindahkan oleh Anwar ke Kuala Sepetang kawasan P 59 Bukit Gantang. Pun begitu beliau telah membohongi penduduk Kuala Sepetang kononnya beliau berasal dari Tanjung Malim. ( belum jadi adun dah pandai bohong).
 Tai Sing Ng dipinggirkan oleh Anwar

Mantan Adun Pkr 2008-2013 Tai Sing Ng sudah pun menyepi dan twitter yang terakhir beliau ialah 3 April dan hingga kini terus sepi, begitu juga dengan laman blog beliau juga tidak dikemas kini sejak November 2009, ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan PKR Bukit Gantang.

PKR Bahagian ini gah dan meriah sewaktu Osman Jailu menjadi Adun Changkat Jering, apabila beliau keluar parti, Pkr Bukit Gantang lumpuh. Ismail Motivasi pun nampaknya sepi selepas kerajaan Nizar tumbang pada Mac 2009.

Dalam pada itu kelmarin Saudara Zainal Abidin Abdul Rahman dari parti Berjasa telah mengejutkan ahli Umno yang mengenali beliau kerana bertanding di Kuala Sepetang, beliau adalah bekas AJK Umno Larut.

Pagi tadi Taipingmali berjaya menghubungi beliau dan dimaklumkan olehnya bahawa Berjasa hanya bertanding 9 kerusi di seluruh negara yang tidak ditandingi oleh Umno. Tumpuan akan diberikan kepada pengundi Melayu supaya mengundi calon Melayu.

Hari ini Anwar Ibrahim terpaksa bergegas ke Kuala Sepetang petang tadi untuk menyelesaikan kemelut yang berlaku di sana.

Maklumat terbaru dari AMK Bukit Gantang, Saudara Faisal Zainal, mereka akan membantu Chegu Bard di Sungai Acheh.