Ahad, 21 April 2013

Apa motif sebenar Mior Black atau Penyair Hitam bertanding sebagai calon bebas di Sungai Rapat

MIOR AZMAN DATUK MIOR ARIS

Lawan Mior di Sungai Rapat ialah  YB Datuk Hamidah Osman (BN) dan Radzi Zainon (PAS) jumlah pengundi ialah 42,873 ( Melayu 59 %,  Cina 30%, India 10%  dan lain-lain 1%).

Mior adalah ahli Umno yang sah dan sebelum ini merupakan ahli Pkr, menyertai semula Umno bersama Hamdan Taha yang juga menjadi bossnya. Kini freelance photojournalist and PH Photographer & Team Building.  Banyak bekerja dengan pejabat SUK, IDR, YBU dan Perak News dan orang penting di bawah SUA Nizam Isa dan Hanafiah Man.

Bertanding atas tiket bebas dan berkemungkinan ada kaitan dengan video protes oleh AJK Umno Bahagian Gopeng yang Temubual eksklusif bersama Nordin Hamid, AJK UMNO Bahagian Gopeng yang disiarkan dalam facebook beliau.

Sebelum ini Mior sering mengkritik Hamdan Taha dan kepimpinan Adun Sg Rapat YB Midah dalam laman facebook beliau dan akhir-akhir ini sering mengkritik Umno dan program Umno. YB Midah sebelum ini banyak berjasa dan membantu beliau dari segi kerja agar dapat terus hidup.

Segala tindakan Mior langsung tidak mengejutkan banyak pihak kerana tindak tanduk beliau mudah dibaca. Beliau sering mengeluh kerana kesempitan kewangan dan pernah mengadaikan telefon blackberrynya untuk membeli makan anak bini.

Apa pun pesanan TM ialah berkempen lah dengan sihat dan jika menang nanti jaga lah pengundi dan rakyat, negara ini demokrasi sesiapapun boleh bertanding tetapi sebagai ahli Umno, beliau sudah bersedia untuk dipecat dan kemungkinan beliau pun sudah balik semula ke pangkuan Pkr.