Khamis, 4 April 2013

Anwar Si Bacul dan Penakut lari dari Permatang Pauh



Dalam senyap-senyap Anwar berjaya menghidu lawan beliau di Permatang Pauh.

Menyedari lawan beliau adalah Giant Killer ia menyebabkan Anwar angkat kaki cabut lari dan akan bertanding di Taiping atau Teluk Intan (kawasan majority pengundi  cina Dap)

Dalam senyap-senyap BN telah memilih Leftenan Kolonel Dr Hj Mazlan Ismail (50) dari Unit Semboyan Diraja Pakar (AW) sebagai calon P44

Dr Mazlan bekas Timbalan Presiden Syarikat Telekomunikasi Negara ( Telekom), Bekas Ketua Pemuda Pas Permatang Pauh, Naib Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang dan Bekas Pengarah Jentera Pilihanraya Pas Pulau Pinang.

Jumaat ini Dr Mazlan akan menjadi khatib menyampaikan khutbah di masjid yang mana Anwar pernah menyampaikan tazkirah.

Dr Mazlan yang satu ketika dahulu pernah membantu Anwar untuk menang PRK P44 selepas Wan Azizah melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar bekas banduan Penjara Sungai Buluh untuk menjadi ketua pembangkang.

Sejak aktiviti sumbang Anwar terdedah satu persatu menyebabkan pengundi beliau di P44 mula hilang kepercayaan terhadap beliau.

Ini termasuklah orang Pas seperti Dr Mazlan dan seluruh pengikut beliau telah converted kepada Umno secara besar-besaran.

Anwar akhir-akhir dilihat tidak berani naik ke mimbar masjid untuk membaca khutbah. Mungkin kerana dosa-dosanya yang lampau, Anwar takut untuk berada di mimbar.

Kemampuan Anwar hari ini hanyalah setakat tazkirah untuk 10 hingga 20 orang sahaja.

Menyedari lawannya seorang yang hebat dalam bidang agama dan mempunyai ijazah kedoktoran dalam bidang kejuruteraan

Dr Mazlan akan membuka bilik gerakan P44 di Kubang Ulu untuk PRU 13 ini.

Seluruh kepimpinan Umno Bahagian dan Jentera Pilihanraya Permatang Pauh yang diketuai oleh Dato Jalil menyokong Dr Mazlan sekiranya dicalonkan.

TM optimis Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Razak akan menamakan Dr Mazlan sebagai calon P44.

Anwar terpaksa angkat kaki ke Taiping atau Teluk Intan dan berharap akan sokongan pengundi Dap.

Anwar sewajarnya perlu membatalkan hasrat untuk bertanding dalam PRU 13 kerana rata-rata rakyat Malaysia sudah bersiap sedia untuk mematikan karier politik beliau kali ini.