Veteran Tentera Johor |
Petang tadi sambil minum petang disebuah warung, Taipingmali mendengar dari jauh, keluhan mereka yang bergelar askar pencen.
Selang dua meja ada sekumpulan yang tidak ragu-ragu lagi ialah kumpulan bekas-bekas tentera.
Salah seorang dari mereka berkata, "askar tak pencen pun dah dapat saguhati, la ni balu-balu askar pula yang akan menerima bantuan, kita ni nampaknya gigit jari lah"
Laaa, gitu kata, kata TM dalam hati. Oleh itu TM ingin menyampaikan keluhan mereka yang bergelar askar pencen agar diberi saguhati seperti yang diterima oleh rakan-rakan mereka.
Tm tahu, pencen askar bukannya sikit, busuk-busuk pun tujuh lapan ratus.
Akan tetapi sudi apa lah kiranya YB Dato Seri Dr Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan dan YAB Dato Seri Najib dapat membuat satu pengumuman yang mengembirakan bekas bekas pahlawan negara yang bergelar askar pencen esok di Padang Esplanade Taiping.
TM juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Zaini yang hadir ke Taiping menyampaikan ceramah di Tapak Pasar Malam Kamunting.
TM sebelum ini telah berbual dengan beliau di Meru Klang dan menjemput beliau turun ke Taiping untuk bersama bekas-bekas perajurit tanah air di Taiping.
Taiping merupakan bandar tentera dan ramai bekas-bekas tentera yang memilih untuk menetap di sini selepas bersara. Maaf kerana tidak dapat bersama Dato pada malam ceramah itu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.