Jumaat, 5 April 2013

Aspan dan Sakmongkol ialah akar rerambut yang merosakkan Umno

Aspan Alias menulis artikel yang menarik kali ini. Katanya 1.5 juta ahli Umno sabotaj parti dengan tidak turun mengundi calon BN.

Ini belum lagi bagi komponen BN. Baru-baru ini seorang sahabat mendedahkan seorang calon BN yang bertanding kerusi Dun, beliau sendiri menyuruh pengundi Cina supaya mengundi calon Pas dengan sebutan dalam bahasa cina yang bermaksud kopiah putih.

Beliau sanggup kalah demi memenangkan calon lawan dan hingga hari ini masih bersama BN.

Dalam Umno ramai ketua bahagian sengaja mensabotaj parti kerana beliau tidak terpilih oleh Pak Lah dalam Pru 12.

Diharapkan dalam PRU 13 tidak akan ada lagi cas keting dan sabotaj parti.

Cukuplah sekali, jangan dua kali. Pak lah pun dah tak ada lagi, bagilah peluang kepada Najib untuk meneruskan agenda beliau dan Tun Mahathir untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan kita menjelang 2020.


http://aspanaliasnet.blogspot.com/2012/10/
ahli-ahli-umno-pun-ada-harga-diri.html?m=1



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.