Datuk Kamalia yang sentiasa kontroversi |
Najib memberi masa hanya 24jam untuk ahli Umno dan Komponen BN untuk merajuk dan bersedih. Selepas 24 jam mereka hendaklah bangun dan bekerja untuk parti.
Bekas-bekas wakil rakyat yang tidak dicalonkan tidak ada sebab untuk kecewa, jika kali ini tidak tersenarai, mungkin lain masa akan dicalonkan juga.
Yang penting kerja untuk rakyat, kerja untuk parti, bukan kerja untuk diri sendiri. Kepada bekas-bekas wakil rakyat, jangan lah boikot, ingat semasa anda menjadi calon, orang bekerja untuk kamu, kini kamu kena lah bekerja untuk memenangkan calon baru pulak
Lihat Adun Kubu Gajah Selama, walaupun namanya tidak tersenarai sebagai calon beliau terus turun untuk bekerja dan menggerakkan jentera pilihanraya. Beliau pernah menjadi adun Batu Kurau, Ahli Parlimen Larut dan turun menjadi Adun Kubu Gajah. Kini tak tersenarai tetapi akan datang siapa tahu....yang penting kesetiaan jangan berubah dan jangan kecewa.