Jumaat, 5 April 2013

Hanya Solat Orang Pas Sahaja Yang Dapat Pahala

NIK ABDUL AZIZ NIK MAT... Mursyidul Am Pas itu berucap di Kampung Jambu, Kota Bharu malam tadi.


KOTA BHARU 4 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus-menerus mencetuskan kontroversi melalui fatwa-fatwa beliau terhadap keislaman orang UMNO termasuk sebelum ini mendakwa UMNO murtad kerana menolak Islam.

Malam tadi, Nik Aziz mendakwa sembahyang orang UMNO tidak memberi sebarang pahala kerana parti itu telah menolak dasar Islam.

Dalam masa sama, Nik Aziz turut mendakwa UMNO telah menolak Allah SWT kerana selama ini mengamalkan dasar kebangsaan dengan menolak dasar Islam dalam pemerintahan.

"UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tokleh (tidak boleh) pahala, boleh pahala gapo (apa) kalau tolak Islam.

"Kalau orang Pas tolak Islam pun tokleh pahala, orang Pas kalau riak tokleh pahala dan kalau kedekut pun tidak boleh pahala.

"Kalau nak boleh pahala ikhlas ini bukan senang, hendak boleh pahala ikhlas lagu mano (bagaimana) kalau tolak Islam, Allah yang bawak turun Islam kepada Nabi Muhammad SWT tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan, nak boleh gena (macam mana) pahala kat orang tolak Islam," katanya ketika berceramah di Kampung Jambu di sini malam tadi.

Kira-kira 500 orang yang rata-ratanya terdiri daripada penyokong tegar Pas menghadiri ceramah berkenaan.

Pada 17 November tahun lalu pada sidang akhbar sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-58 di Kota Bharu Nik Aziz mendakwa UMNO merupakan sebuah parti yang murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu.

Nik Aziz dalam nada tegas kemudian turut melontarkan persoalan sama ada parti itu kini menganut agama Kristian, Buddha atau pun sebuah parti politik yang tidak mempunyai agama.

Pas sebelum itu menerusi adik Nik Abdul Aziz, Nik Razi Nik Mat turut mendoakan supaya Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN dalam majlis solat hajat di Stadium Muhamad Ke-IV sempena Muktamar Tahunan Pas itu.

5 ulasan:

  1. KALAU TAHUN 70an atau awal 80an boleh la tok guru.
    please la grandpa, dont live in the past (PAS ? ) laaa.... skrg 2013. kalau setakat ckp org tu kafir, x islam tolak islam, tetapi diri sendiri yg buat semua tu pehal tok guru??? kat kelantan pun tok guru x larat nak dirikan hudud. tak payah hudud la, masjid pun baru dpt sebijik selepas 22 thn. kaba ramai lagi rakyat marhaen kelantan hidup dibawah paras kemiskinan (paras kemiskinan di sem msia RM520 sebulan, sabah/swak RM620) mana lebih penting utk majoriti rakyat??? hudud atau kukuhkan ekonomi??? sebab saya yg bodoh ni pun pernah dgr, kalau seseorg itu miskin, dia hanpir kepada KEKUFURAN. tok guru lagi pandai, lagi tahu, saya cuma setakat SPM je.

    BalasPadam
  2. Jeng koil kata orang kelate. Apa boleh buat pahala dan dosa di tangan Nik Aziz...huhuh...

    BalasPadam
  3. bodohla sgt org yg percaya & taksub kt nik ajis nie...amalannya sendiri pn belum tau diterima Allah ketak...nie mcm songsang pon ramai org yg jdi pengikut...malang sungguh...

    BalasPadam
  4. org tuo gilo babi a.k.a. PORK NIK _UKIMAK ! ! ! !

    BalasPadam
  5. macam2la pok nik2..nyanyuk..tapi xmaw lps jwtn,dia xmaw jadi org bwh..nak jadi apo tah la..dok merapu dana je..nanti dia sakit nak mati panggil la kuncu pr spt lim guan eng,kit siang,kapal singh..mai bca yasin..depa bukan orang umno..kalau dah mati depa gak la smbyang jenazah..umno kan kafir,PR XKAFIR.

    BalasPadam