Selasa, 16 April 2013

Haramkan kereta ini melepasi Tambak Johor

Biadab

Kereta ini nombor pendaftaran Singapore, walaupun pemiliknya rakyat Malaysia tetapi perbuatannya seolah-olah mencabar kedaulatan negara kita, Ia menggambarkan betapa lemahnya Malaysia kerana gagal bertindak apa-apa terhadap kereta tersebut.

Cuba try test, bila tiba masanya Singapore mengadakan pilihan raya, kita bawa kereta nombor pendaftaran negara kita ke sana, lihat apa jadi. Silap hari bulan kereta hancur kena flying taico di sana.

Satu ketika apabila nilai dolar mula meningkat di Sg, Orang Johor mula membeli belah di dalam negara, dan apabila perniagaan mereka merosot dan kurang maju mereka mula bertindak kasar kepada pengunjung dari Malaysia Ramai yang lebam mata, dahi kena balun dengan taico sana sebab tak beli barang, bila pegang mesti beli, tak  beli penumbuk naik muka.

Perkara yang sama juga pernah berlaku di Petaling St K.Lumpur tetapi berjaya di bendung.  Harap JPJ dan Kementerian Pengangkutan dapat berbuat sesuatu terhadap kereta ini kereta ia mencabar kedaulatan negara.



JOHOR BAHRU - Warganegara Singapura diingatkan supaya tidak mencampuri urusan politik di negara ini lebih-lebih lagi bagi membantu mana-mana parti berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Menteri Pengajian Tinggi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berpendapat, tindakan orang asing mencampuri urusan pilihan raya sesebuah negara adalah tidak patut kerana ia tidak baik untuk hubungan dua negara.
"Berkempen di negara yang mana rakyat Malaysia sedang bekerja dan mempengaruhi mereka untuk mengundi parti yang mempunyai kepentingan mereka adalah tidak betul," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Mohamed Khaled mengulas kebanjiran kenderaan dari Singapura di bandar raya ini yang dilihat turut berkempen membantu pakatan pembangkang dalam mengajak rakyat negara ini pulang mengundi.
Bagaimana pun, tidak dapat dipastikan sama ada pemilik kenderaan berkenaan terdiri daripada warga negara jiran atau rakyat Malaysia yang mempunyai taraf penduduk tetap di republik itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi pula berpendapat, perbuatan itu tidak wajar dan bertentangan dengan polisi mana-mana negara pun.
"Mereka sepatutnya tidak masuk campur, urusan politik kita biarlah kita sesama kita," katanya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Jaya, Tan Cher Puk mahu pemerintah Singapura menyiasat penduduk negara itu yang menyalah gunakan kenderaan dari republik tersebut untuk berkempen di Malaysia.
"Pemerintah Singapura harus melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang memasuki Malaysia," tegasnya. woit org spore tu p betulkn politik kat spore dlu la oiii...kt sana pun autokratik x demokrasi langsung...pmbangkang x ble kutuk o bgkang sikit2 kena saman...pirahhh ...ni org kata mak ketam nk ajo ank ketam jln lurus tp dia sndri x betul..#Tumbang PR#