Isnin, 1 April 2013

Kenali Calon Pas Dun Selama Perak Ustaz Mohd Akmal Al Menantuya

Sanggupkah rakyat memilih pemimpin kaki kelentong?
Beliau pernah memaki OCPD dengan bahasa kesat satu ketika dahulu di Batu 4 Kamunting.
masih membisu dalam isu kubur palsu Mat Indera
Kubur Mat Indera Pun Di Palsukan oleh Almenantuya.
Kubur Palsu Mat Indera

Kubur  tulen Mat Indera yang dibina oleh Bintang 3.
Isu 1
" Treler Negara Kebajikan sedang dihalang oleh FRU dari memasuki tapak ceramah di Tapak Pasar Malam Kamunting" Mohd Akmal Al Menantuya.

Isu 2
"OCPD Taiping ACP Yusof Mohd Diah dicadangkan bertukar serta merta ke Lahad Datu kerana ketagih sangat nak bertempur, dengan treler pun nak mengamuk"

Isu 3
 Umno bertanggung jawab menghalang treler Pas.


Cerita Sebenar ialah;

Pas Perak telah menyatakan bahawa pihak polis Taiping menghalang treler jelajah negara berkebajikan, nombor pendaftaran BLB 1098.

Akmal Kamarudin menokok tambah cerita kononnya FRU menghalang treler daripada memasuki tapak pasar malam.

Kisah yang sebenarnya ialah treler tersebut langsung tidak muncul di tapak pasar malam. Tidak ada seorang pun FRU yang menahan, mengepung atau memanjat dan merampas lori tersebut.

Lori BLB 1098, tidak melalaui atau melintas sama sekali Jalan Stesen Kamunting yang menuju ke tapak pasar malam. Sebaliknya lori tersebut berhenti di hadapan SK Bukit Jana Batu 4 Kamunting selama sejam sebelum menghilang keluar melalui Jalan Gunung Semanggol dan bersembunyi di Kampung Cheh Bukit Gantang. 

Pembohongan jelas ketara kononnya pihak polis tidak memberikan alasan yang munasabah sedangkan pihak polis telah menolak permohonan yang dikemukakan oleh pihak penganjur yang jelas tidak menyatakan program jelajah treler tersebut. Sebaliknya berselindung atas nama Program Malam Kesenian Islam.

Setelah treler melarikan diri ke Bukit Gantang, pengajur cuba memuaskan hati pengunjung dengan memulakan ceramah politik, tetapi sebaik sahaja berucap pihak polis dari unit FRU telah bertindak pantas dengan menghentikan ceramah tersebut.

Mengikut akta polis yang baru, pihak polis boleh merampas semua kelengkapan jika melanggar peraturan dan undang-undang akta perhimpunan yang terbaru, dahulu polis hanya boleh merampas mic dan menutup suis sahaja tetapi kini kuasa yang diluluskan di parlimen lebih besar dari dahulu. Oleh sebab itu pada malam tersebut polis bersiap sedia dengan lori untuk merampas barang apa yang perlu, tetapi polis tidak pun berbuat demikan, masih ada rasa hormat kepada pihak yang mencaci maki pihak polis.

Inilah ciri-ciri sebuah parti yang mendakwa Islam menjadi teras pegangan perjuangan parti?

Sebaliknya pemimpin seperti Al-Menantuya dalam parti berkenaan jelas memperlihat kan ciri-ciri seorang yang munafik.

Pihak Polis memanggil penganjur agar mengubah lokasi program kerana tidak mendapat kebenaran serta kelulusan daripada pihak Majlis Perbandaran Taiping ( MPT). 
Zakaria Mat Yunus@ Zack

Pada 26 Mac 2013, pada jam 3.00 petang, wakil parti Pas Kawasan Taiping En Zakaria bin Mat Yunus KP. 560315-08-6693  telah dipanggil ke IPD Taiping berkaitan perkara tersebut, tetapi masih berdegil dan ingkar dengan arahan dan keputusan yang dibuat oleh Ketua Polis Daerah.

Justeru, tidak timbul soal pihak polis telah melanggar lunas demokrasi.

Oleh sebab itu, satu laporan polis telah dibuat oleh NGO agar Pas Perak seperti kenyataan media yang dibuat oleh Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss dan pemimpin utama Pas Kawasan Taiping dikenakan tindakan yang tegas sejajar dengan peruntukan undang-undang sedia ada demi membersih kan nama baik serta kredibiliti pihak polis yang sememangnya menjalankan tugas secara profesional dan berhemah.

Demi survival politik, pemimpin-pemimpin Pas sanggup mengenepikan nilai-nilai murni dan sifat insaniah sehingga sanggup menjadi golongan munafik.

Berbalik kepada isu Al Menantuya Mohd Akmal Kamarudin yang begitu lantang mencerca OCPD Taiping perlulah mencerminkan sedikit diri anda dicermin, Bandingkan usia beliau dengan usia OCPD. 

Dalam Islam dan parti yang mendakwa Islam hendaklah menghormati orang yang lebih tua dari kita. Amat sedih jika penduduk Selama memilih Akmal Kamaruddin sebagai pemimpin mereka.

Dalam isu kubur palsu Mat Indera, Mohd Akmal yang menaja pembinaan kubur palsu Mat Indera masih membisu dan gagal menjawab tentang pendedahan yang dibuat oleh Taipingmali dan The Krew.

Mohd Akmal dan Mat Sabu telah berdosa kepada seluruh penganut Pas dalam isu pembohongan kubur Mat Indera.