Sabtu, 20 April 2013

Kerusi Dun Kuala Sepetang akan dirampas kembali oleh BN

Loh Swee Eng 53 wakil BN anak tempatan



Peluang BN untuk merampas semula DUN Kuala Sepetang dari PKR bertambah cerah kerana jentera PKR memboikot calon orang luar .

Pejabat PKR Cabang Bukit Gantang hari ini didapati lengang, tidak seperti suasana hiruk piruk di bilik gerakan pilihanraya parti-parti lain yang bertanding dalam pilihanraya ke 13 ini.

Menurut sumber dalaman parti itu “Kami dah tutup kedai dan angkut semua perabut, termasuk bendera, keluar dari rumah kedai itu kerana kami tak suka orang (calon) luar.”

"Kami mula beroperasi sebulan lalu tapi setelah pucuk pimpinan menamakan Chua Yee Ling, ialah pembantu Elizabeth Wong Adun Bukit Lanjan, Selangor, kami terpaksa menutup bilik gerakan pilihanraya kami untuk melahirkan rasa kecewa kami,” tambah Faizak Zainal.

Tambah mereka lagi, Chua,28 yang berasal dari Batu Pahat, Johor pada mulanya mahu bertanding di kerusi Parlimen Tanjung Malim namun pimpinan PKR memindahkan beliau ke DUN Kuala Sepetang yang dimenangi PKR pada 2008 setelah mengalahkan calon BN dari Gerakan, Datuk See Tean Seng.

Kali ini BN menamakan bekas peniaga merangkap naib pengerusi Gerakan Bukit Gantang Loh Swee Eng,53, seorang anak tempatan sebagai calon di kawasan nelayan itu yang mempunyai sejumlah 15,856 pengundi Melayu, 7,290 (Cina), 1,990 (India) dan 38 pengundi lain-lain bangsa.