Khamis, 18 April 2013

Kuliah Maghrib bertajuk Murtad jadi ceramah politik

Malaysia tidak mengamalkan hukum Islam, sebab itu gejala murtad menjadi, negara Malaysia bukan negara Islam ia hanya negara umat islam.

negara umat islam. undang2 islam tidak dijalankan

negara islam ialah islam yang mentadbir, hari ini agama yang ditadbir ,

sekarang kalau nak murtad boleh isi borang, ini dibuat oleh kerajaan Malaysia.

dah berapa ribu orang islam yang murtad.

Umno adalah bertanggung jawab dalam gejala murtad kerajaan kerana membiarkan murtad, rakyat bersalah kerana memilih kerajaan Umno.

orang kafir tak boleh dipaksa masuk islam sebab tiada paksaan dalam beragama. Pas hari ini berkawan dengan kafir, hari ini bukan islam sudah boleh baca Quran.  Nga korming pun sudah faham Islam dan seronok berkawan dengan Pas.

Masuk Isya 8.31 tetapi masih berceramah.sedangkan masjid lain telah azan.  8. 45 belum azan masih syok berpolitik

Malaysia ini mengamalkan undang2 penjajah. perlembagaan penjajah yang dibuat oleh Lord Reid.

Kalau kita tidak menukar kerajaan sampai bila pun gejala murtad tidak akan selesai. oleh itu tak lama lagi kita akan menghadapi pilihan raya , adalah menjadi tanggung jawab kita untuk mengundi parti yang mendokong islam dan menolak kerajaan yang ada.

Ini sebahagian isi kuliah agama di masjid kampung expo malam tadi. Masjid Kpg Expo dipengerusikan oleh penghulu dan beliau perlu menjadikan masjid ini bebas dari pengaruh Pas.

Zaman dahulu surau diri Jumaat yang ditadbir urus oleh pengasas-pengasasnya aman damai tanpa dakyah politik. jemaah ramai, setiap aktiviti meriah. bila berpindah masuk 3 anak kariah iaitu Monolito, Othman Noh dan Penghulu Azam bermulalah era Pas.

mereka berjaya memaksa jawatan kuasa membuat pemilihan ajk baru.  kini selepas 13 tahun dikuasai oleh Pas mereka tak pernah pun buat mesyuarat agung dan memilih ajk baru...jadi mesyuarat agung pada tahun 2000 hanyalah utk merampas dan menguasai masjid.