Selasa, 16 April 2013

Lapor Polis : Pembangkang melanggar akta Pilihan Raya 1954

Sebahagian daripada NGO yang membuat laporan polis


Sejak petang kelmarin, beberapa laporan polis telah dibuat di IPD Taiping, Balai Simpang dan Balai Kamunting berikutan salah laku parti pembangkang terutama Pas yang menaikkan nama calon mereka di beberapa tempat di Bukit Gantang dan Kamunting Taiping,

Mereka menaikkan poster gergasi sebelum nama mereka disahkan bertanding oleh Suruhanjaya Pilihan raya.

Hanya selepas waktu  bantahan tamat barulah Pengarah Pilihan raya Daerah boleh mengumumkan semua nama calon dan pada saat itu baru lah mereka ada hak untuk mempamerkan nama dan gambar mereka.