Khamis, 11 April 2013

Noh Omar ; Ahli BN Jangan Jadi Batu Api


.
Thursday, 11 April 2013 07:28 Hafiz Roslan







SHAH ALAM 11 April - Pemimpin akar umbi dan penyokong Barisan Nasional (BN) dinasihatkan jangan menyemarakkan api ketegangan kepada ketua masing-masing sekiranya tidak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13) 5 Mei ini.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kesemua jentera digesa menumpukan kemenangan BN di Selangor.

“Saya merayu kepada pemimpin akar umbi, sekiranya ada ‘bos’ masing-masing tidak dicalonkan, kita harap jangan dicurahkan minyak, tetapi nasihatkan supaya keadaan ini reda.

“Kalau jentera BN berjalan baik di bawah satu pasukan, saya yakin penuh BN akan menang,” katanya pada sidang media selepas bersama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan barisan jawatankuasa BN Negeri.






Noh Omar turut menasihatkan mana-mana ahli penyokong akar umbi yang kecewa mengambil sikap positif tanpa memburukkan calon BN yang bakal bertanding.

“Setiap pemimpin BN di Selangor terlibat secara langsung untuk membangunkan semula BN di Selangor tetapi kita sedia maklum pemimpin yang layak, hebat dan banyak berkorban ini ramai tetapi yang jadi calon amat terhad.

“Ada kawasan perlu seorang sahaja calon tetapi ramai yang layak. Kerana itu saya minta jangan mempertikaikan calon yang dipilih dan jangan lihat calon, tetapi lambang BN kerana kita adakan pilihan raya untuk menubuhkan kerajaan (mengembalikan kuasa BN di Selangor),” katanya.


TM NOTE;

Nasihat Noh Omar ini harus diguna pakai di seluruh negara , Yang penting ialah BN menang, TM mendapat maklumat, ada PDM akan ditutup sekiranya calon yang dipilih nanti bukan calon pilihan ketua PDM.

Baru-baru ini Adun Batu Kurau Dato Kapt (B) Najimuddin telah mengumumkan tidak akan bertanding dalam PRU 13 dan menyebabkan 6 PDM ditutup. Ia bermakna jentera pilihanraya lumpuh dan akan diikuti dengan unsur sabotaj parti secara langsung atau tidak langsung.

Apabila perkara ini berlaku , tindakan yang baik ialah menghantar ketua PDM ke klinik untuk mendapat rawatan sakit hati atau otak. Nak buang atau pecat mereka terlalu keras. Mereka hanya perlu dipulihkan otak dan pemikiran mereka sahaja.