Khamis, 11 April 2013

Pas Kg Expo Tak Malu Menumpang Jadi Parasit atau Dedalu


Ini lah yang dikatakan biadab dan tidak tahu malu. Sebelum ini En Zakaria telah menjelaskan kepada En Kassim JKR supaya tidak mengganggu pintu gerbang tersebut. En Zakaria menjelaskan pada awalnya pihak Pas bersetuju untuk tidak mengganggu pintu gerbang tersebut..

Akan tetapi pagi tadi En Zakaria amat terkejut dengan tindakan Pas Kampung Expo yang engkar dan bertindak biadab dengan menaikkan bendera pada kedua-dua tiang dan di puncak alang pintu gerbang tersebut.

En Zakaria telah membuat repot di balai polis Kamunting dan mahukan bendera Pas itu diturunkan sebagai mana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak sebelum ini.

Untuk makluman, pintu gerbang tersebut telah dibina oleh En Zakaria dengan sumber kewangan yang diperolehi beliau daripada sumbangan Dato Abd Malik  Mantan.Adun Kamunting bukan milik kerajaan atau milik Pas.

Perbuatan Pas ibarat dedalu atau tumbuhan parasit.

Pas hari ini sememangnya parasit yang menjadi alat kepada Dap dan Pkr untuk meruntuhkan kerajaan dan memusnahkan Islam