Perak mempunyai keluasan kira-kira 21,005 km2 ( 6.4% daripada keseluruhan keluasan Malaysia) dan merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia.
Ibu negeri Perak ialah Ipoh dan Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja. Perak mempunyai 24 kawasan Parlimen, 59 kawasan Dewan Undangan Negeri dan 10 daerah iaitu, Batang Padang, Kinta, Kuala Kangsar, Larut , Matang dan Selama, Kerian, Manjung, Hilir Perak, Perak Tengah dan Hulu Perak.
Sungai Perak merupakan sungai yang kedua terpanjang di Semenanjung selepas Sungai Pahang.
Bandar-Bandar lain di Perak ialah Bidor, Tapah, Teluk Intan, Sungkai, Lumut dan Taiping. Unjuran penduduknya pada tahun 2011 adalah seramai 2,493,200 orang.