Rabu, 24 April 2013

TABIK BUAT CHE JOHAN CHE PA!!!





Tiada apa yang aku nak katakan tentang bekas calon BN Parlimen Pasir Mas, Kelantan yang telah memberikan laluannya kepada Ibrahim Ali untuk bertemu dengan anak Nik Aziz iaitu Nik Abduh B Nik Mat.

Inilah nilai perjuangan yang tidak mampu dibuat oleh semua orang yang telah terpilih sebagai calon. Kebanyakannya takkan memberikan laluan. Inilah pejuang sejati yang sayangkan parti walaupun tindakannya nampak bercanggah dengan parti. Apa salahnya memberikan sokongan kepada Ibrahim Ali yang banyak membela agama, bangsa dan negara atas tiket Perkasa.

Kepada Lembaga Disiplin Umno, fikir-fikirlah dengan waras sebelum mengambil sebarang tindakan ke atas Che Johan Che Pa. Jangan asyik syok nak ambil tindakan saja..Tengok-tengoklah kes sama. Jangan tunjuk sangat kuasa Lembaga Disiplin kerana mereka adalah orang yang berjuang dengan UMno di peringkat "grass root". Lembaga Disiplin hanya duduk bersidang di bilik berhawa dingin sahaja. Maaflah aku menegur demi parti yang aku sayang ini.

Apapun...Hidup Cje Johan! Hidup Ibrahim Ali! Hidup BN! - Bung Mukther