Jika dilihat jumlah pengundi dalam carta di atas jelas menunjukkan penambahan pengundi Melayu dan menokok lebih dari 16 ribu sejak tahun 2004 dan menjadikan pengundi Melayu meningkat kepada 65%. Penambahan pengundi ini adalah hasil usaha Pas dan sekutunya.
Umno dan BN masih tidur dan tidak ada perancangan strategik untuk mengekalkan kemenangan dengan menambah ahli dan menambah jumlah pengundi.
Pengundi cina pula sudah tentu 80% tidak memihak kepada Bn kerana percaya kepada Anwar Ibrahim yang begitu yakin akan merampas Putrajaya. Oleh yang demikian langkah awal pengundi cina ialah menyokong pembangkang.
Oleh yang demikian Calon BN di Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah kecundang di tempat sendiri dan pengundi mengangkat calon Pas yang rendah integritinya sebagai ahli parlimen. Kita lihatlah nanti prestasinya di parlimen kelak.
Selain Saifuddin, BN juga kehilangan dua lagi timbalan menteri iaitu Dr Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.