Selasa, 7 Mei 2013

Ali Rustam Tewas: Apakah wujud unsur sabotaj calon?

Ali Rustam arkitek pembangunan dan kemajuan negeri Melaka, pun begitu beliau tewas di tempat sendiri setelah cubaan beliau untuk menjadi ahli parlimen.

Pengundi Cina dari Bachang dan Ayer Keroh ternyata menolak beliau kerana di situ telah menjadi kubu kuat Dap sejak 2004.


Shamsul Iskandar menang kerana undi Pas dan Pkr yang menguntungkan Dap. Ini boleh dilabelkan sebagai politik padan muka, aku tak dapat biar dia pun tak dapat. Jadilah cerita pak kaduk..

Sebelum ini pembangkang memainkan isu Ali Rustam sebagai Ketua Menteri Bukit Katil kerana kebanyakan pegawai beliau adalah orang Bukit Katil.

Apakah dengan melabelkan beliau sebagai ketua menteri bukit katil menyebabkan beliau ditolak oleh ahli BN?
Setelah postmortem di buat unt Parlimen Bukit Katil unt PRU 13, BN hanya mendapat sokongan pengundi Cina 5 peratus sahaja.Sokongan India menjangkau hingga 65 peratus dan pengundi Melayu masih dominan untuk BN sekitar 75 peratus.Sokongan pengundi Cina kepada PKR ada lah kerana yakin Putra Jaya akan di kuasai oleh PR.Mungkin keyakinan Cina kepada Anwar semakin pupus,sbb itu Anwar terpaksa berbelanja besar fund zionist 300 juta USD untuk buat demonstrasi ala arab spring.
Ali Rustam seorang yang sangat rajin, kreatif dalam memajukan Melaka tidak boleh diabaikan, Perdana Menteri boleh melantik beliau sebagai menteri persekutuan atas tiket Senator.

Anwar mungkin tersenyum lebar kerana 'team wawasan 1993' tewas.