Sabtu, 11 Mei 2013

BN meraikan kemenangan tanpa penggiat media?

Mungkin Mungkin Mungkin

Nampaknya sudah banyak bahagian-bahagian Umno dan BN mengadakan majlis meraikan kemenangan PRU 13.

Pun begitu mungkin mereka lupa nak mempelawa pengiat media maya tahap cikai atau blogger nyamuk atau juga blogger jalanan.

Yang dilayan adalah penulis-penulis media arus perdana terutama yang berpusat di Kuala Lumpur.

Penulis peringkat negeri boleh diabaikan tambahan lagi pejuang maya langsung dilupakan maklumlah hanya wujud cara maya.

Tm hanya menjawab komen dalam blog saja. Tak mengapa, janji sikit sebanyak perjuangan kami dimanfaatkan oleh BN.

Ini terbukti benar kerana hampir semua bahan-bahan cetakan oleh BN sebagai bahan kempen banyak diambil daripada hasil buah tangan penggiat media maya seperti bloggers dan facebokers.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.