Rabu, 15 Mei 2013

Kata Calon Bebas Sg Rapat ( Meor Azman)

Bersama Jentera Pilahan Raya 


PRU13 baru saja berlalu pada 5 Mei 2013. Apa yang aku nak share kat sini ialah pengalaman aku. Jadi maknanya ia tak sama dengan pengalaman orang lain.

Kalau minat nak baca, teruskan tapi kalau rasa coretan aku ini menyesakkan dada...sila keluar dari blog aku ini sebab aku tak kan bertanggung jawab sekiranya si pembaca masuk hospital!!!



Apa yang nak aku share ialah pengalaman aku menjadi calon pada PRU kali ini. Walaupun sebagai calon BEBAS namun ia tetap menjadi pengalaman yang sangat berharga pada aku dan kawan-kawan yang membantu sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.

Sebelum cerita pasal kempen, biar aku bercerita dulu kenapa aku bertanding. Aku ini bekerja dengan sebuah agensi 'under ground' kepada MB. Kerja aku macam-macam. 

Sekejap jadi pemantau media baru, sekejap jadi video man sekejap jadi kamera man...cuma jadi Superman jer tak lagi.

Tugas-tugas khas biasanya aku le yang kena terutama melibatkan parti PKR sebab dema ini tahu aku jer ada access dengan PKR. Antara kerja aku yang sangat berjaya ialah merakam ucapan Nga Kor Meng dan Mat Sabu di Bukit Jana Taiping. 

Aku ngan seorang lagi staf (Andy) diarahkan untuk merakam video pada malam itu. Kenapa aku kata berjaya? Kejayaannya ialah MB Perak pada masa itu (Zambry) telah melonjak naik namanya di Perhimpunan Agung UMNO Malaysia pada tahun 2011 akibat dari pengedaran cd ucapan Nga di Bukit Jana yang mengatakan Zambry Hitam Matelik. 

Namun kejayaan itu langsung aku tak rasa pun kehangatannya sebab aku bukan dapat apa pun...waima terima kasih pun 'haram'...

Itu le antara kerja hakiki aku di Comm Center. Tapi itu bukan sebab kenapa aku bertanding dalam PRU ini. Setiap hari bila ke ofis jer, mesti ada cerita pasal Midah dan adik beradiknya dan ceritanya tak pernah yang syok melainkan tak syok belaka. 

Ada pernah satu ketika, dema bergaduh dan berperang dingin antara si A dengan si B, aku le jadi tempat dema merujuk. Si A call aku, minta pandangan dan suruh sampaikan pesan pada si B dan begitu le sebaliknya. Siasat punya siasat, puncanya sebab berebut nak pasang sign board. 

Habis semua keluar...si A kata si B pakai kereta besar, si B pula balas balik kata si A pun pakai kereta besar. Penyudahnya aku yang pakai kereta kecil tak tidur malam nak menyelesaikan hei dema dan banyak lah lagi cerita si A dengan si B ini...

Antara cerita hot di si A yang suruh aku keluarkan status kat FB aku ialah pasal Maharaja lawak yang mana kerajaan negeri Perak terpaksa bayar RM600,000.00 sedangkan dua negeri yang buat (Terengganu dan Johor) tak pula kena bayar. Untuk meyakinkan aku cerita ini mesti dipublishkan, siap khabar MB bengang sebab kena bayar itu...

Aku pun yang patuh kepada arahan...macam aku diarahkan cover kes tanah runtuh kat Cameron Highland, dah pukul 10 malam (bulan Ramadhan) baru call aku suruh pergi, tanpa sebarang alasan terus pergi walaupun satu sen tak diberikan sebagai duit minyak terus pergi dengan mengambil risiko (kereta takde roadtax dan tayar pun sudah botak macam kepala...)...terus keluarkan status itu kat FB. 

Apa lagi, bertalu-talu le orang kuat si B tibai aku. Aku tak kisah sebab aku diyakinkan oleh si A cerita ini first hand dan genuine!!!

Setiap hari aku terus dibalun di FB tapi si A kata, don't worry...dan siap suruh aku buat matematik untuk compare akan RM600,000.00 itu dengan bantuan kepada orang miskin...mulia sungguh si A ini rupanya. 

Begitulah episodnya bermula...Rupanya bukan setakat si A, rupanya ada si C, si D,E,F,G dan ramai lagi yang memang tak suka dengan si B ini termasuk le si A+...

Jadi, berbekalkan dengan semangat itu, maka aku pun mengorbankan diri aku sebagai menzahirkan kekecewaan si A,C,D,E,F,G melalui pilihan raya.

Aku buat keputusan tanpa dipaksa oleh sesiapa walaupun dari si-si ini tadi untuk memastikan si B mesti dikalahkan dalam pilihan raya sebab aku berpendapat, sudah tak ada pilihan lain kecuali melalui pilihan raya saja pilihan yang ada...

Walaupun yang membantu ramai dalam pilihan raya tapi rupanya aku keseorangan...si-si ini semua melarikan diri entah ke mana. 

Tak cukup dengan itu, tindakan telah dikenakan kepada aku untuk menyelamat kan diri masing-masing kononnya mereka tak terlibat. 

Aku dipecat dari kerja tanpa sebarang notis dan aku dituduh sebagai pengkhianat kepada UMNO hanya kerana aku melawan untuk menewaskan orang yang banyak melakukan kesalahan dalam parti...

Semuanya sudah berlalu...walaupun aku rasa agak kecewa dengan permainan politik si-si yang tak ada telur ini namun aku yakin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku ini.

PERSOALANNYA IALAH APAKAH KESIMPULAN YANG BOLEH DIBUAT DENGAN ALASAN DI ATAS?