Sebuah laman blog politik Pas Bukit Gantang telah menyatakan bahawa kerajaan Perak hanya akan kekal selama 6 bulan sahaja dan akan tumbang.
TM agak musykil dengan kenyataan tersebut pada mulanya, tetapi selepas Anwar dan pemimpin Dap memulakan perhimpunan haram yang dinamakan himpunan Blackout bermula di Stadium Kelana Jaya, barulah TM faham apa yang dimaksudkan dengan kenyataan blogger tersebut.
Ini bermakna Anwar akan menggunakan segala sumber yang ada untuk menumbangkan kerajaan yang baru dipilih oleh rakyat.
Hari ini Pas juga sudah mengenal pasti kerusi-kerusi yang dimenangi oleh BN untuk mereka buat petisyen di mahkamah atau melalui rusuhan ala Arab Spring.
Proses yang dirancangkan oleh tiga komponen parti pembangkang bersama beberapa NGO tajaan zionis sudah pun memulakan perancangan mereka selepas berjaya menumbangkan Bosnia dan memperkasakan negara Serbia.
Malah pembentukan Isreal juga mempunyai konsep yang sama seperti pembentukan Serbia.
Kini setelah 37 buah negara berjaya direvolusikan oleh tangan-tangan Naga, kini sasaran mereka ialah Malaysia.
Sayangnya parti Pas juga yang dikongkong oleh Brotherhood of Islam Hassan Al bana juga dikuasai oleh Zionis.
Oleh itu sebarang usaha Pas adalah sama seperti Zionis dan pas berpura-pura menjadi parti Islam Malaysia. Pas juga dikuasai oleh kelompok Syiah yang memusuhi Sunnah.
Syiah dalam usaha membesarkan wilayah mereka selaras dengan rukun yang ada dalam agama Syiah.
Jadi tidak hairanlah blogger tersebut berani meletakkan tarikh 6 bulan untuk kerajaan BN tumbang.
Apa yang ditunggu lagi? PDRM dan tentera wajar menyiasat dan bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.