Langkau ke kandungan utama

Muhyiddin: Kementerian Pelajaran kini dikenali Kementerian Pendidikan


KEMENTERIAN PELAJARAN DAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DIGABUNGKAN MENJADI KEMENTERIAN PENDIDIKAN
Kementerian Pelajaran kini dikenali sebagai Kementerian Pendidikan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau, yang juga Menteri Pendidikan berkata perubahan nama kementerian itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Rabu lepas setelah pakar bahasa sependapat istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran.

“Pakar bahasa berpendapat istilah pendidikan lebih tepat dan sebab itu Perdana Menteri bersetuju dan saya juga telah beritahu pegawai supaya menerimanya sebagai nama baharu, malah nama kementerian pendidikan juga pernah digunakan sebelum ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Beliau berkata proses penggabungan dua kementerian - Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi - yang dijangka selesai dalam tempoh sebulan telah bermula sejurus kabinet diumumkan dan yakin tidak akan menghadapi kesukaran kerana kedua-duanya mencakupi proses pembelajaran dan pengajaran yang berasal daripada satu kementerian sebelum dipisahkan.

Muhyiddin berkata penggabungan itu tidak menyebabkan pertindihan antara sekolah rendah, menengah dan universiti kerana masing-masing mempunyai pelan pembangunan sendiri kecuali aspek kepimpinan yang diletakkan di bawah satu kementerian dengan mempunyai dua menteri dan dua timbalan menteri.

“Saya telah mengemukakan cadangan bagaimana struktur baru itu hendak dibentuk dan Ketua Setiausaha Negara telah mengambil maklum dan berbincang dengan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam di mana minggu depan akan ada perbincangan lanjut dan Insya-Allah pelantikan jawatan yang sepatutnya dibuat akan dilakukan,” katanya dan menambah dalam bahasa Inggeris kementerian itu kekal dengan panggilan 'Ministry of Education'.

Beliau berkata walaupun digabungkan beliau membayangkan tidak akan berlaku perubahan terhadap dasar yang digunakan sebelum ini sebaliknya penyatuan itu menghasilkan penjimatan dari segi guna tenaga dan kepakaran kakitangan.

Muhyiddin berkata sebagai contoh, koordinasi dua kementerian membawa kebaikan kepada sektor pendidikan kerana kepakaran tenaga pengajar di universiti seperti pensyarah bahasa Inggeris boleh digunakan untuk membantu meningkatkan kemahiran bahasa itu di sekolah rendah dan menengah kebangsaan.

Dalam perkembangan berkaitan beliau berkata cadangan supaya bahasa Mandarin dan Tamil kembali diajar di Sekolah Kebangsaan akan dikaji secara mendalam kerana pelaksanaannya akan melibatkan perubahan kepada dasar tertentu.

Muhyiddin berkata proses pengajaran kedua-dua bahasa itu pernah dilaksanakan sebelum ini tetapi tidak mencapai matlamat seperti apa yang dimahukan berikutan jumlah pelajar yang tidak begitu ramai.

“Itu sebenarnya bukan baru tetapi setelah ada pihak yang mencadangkan sebegitu, maka saya perlu meneliti kerana kita nak melaksanakannya secara bersungguh-sungguh dan tidak mahu orang bukan Melayu melihat Sekolah Kebangsaan
ialah ‘sekolah kebangsaan’, bukannya sekolah Melayu dan menawarkan pelbagai bahasa selain bahasa Malaysia.

“Persoalan besar yang mencabar kementerian ialah kalau ia hendak dilaksanakan kita perlu sediakan sejumlah guru mahir yang ramai kerana kita memiliki lebih 7,000 sekolah rendah dan 3,000 sekolah menengah...jadi sebelum kita nak buat keputusan yang melibatkan dasar kita perlu kaji dengan sebaik-baiknya,” katanya. - Bernama

Ulasan

  1. OK tapi... bila nak start kaji balik sekolah vernakular??? kalau betul nak tgk rakyat malaysia menjadi satu bangsa, tidak ada keperluan utk mewujudkan sekolah vernakular ini lagi.

    BalasPadam
  2. Tukar nama kementerian tidak ada masalah. Sebut saja apa saja nama yang kita mahu. Dahulu sudah pernah Kementerian Pelajaran ditukar menjadi kementerian Pendidikan. Bila wujud Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan ditukar kepada Kementerian Pelajaran semula.

    Sudah jadi macam yoyo. rasa nak tukar nama, guna alasan pakar bahasa memberi nasihat. Apakah sesudah 54 tahun merdeka baru pakar bahasa wujud? Di tahun-tahun akan datang, mungkin bertukar nama lagi mengikut siapa pula yang menjadi menterinya.

    Kita tidak sedar, setiap kali pertukaran itu berlaku, berapa banyak perbelanjaan yang terlibat. Letterhead jabatan perlu ditukar juga. Membazir satu hal, berbelanja lagi sekali untuk letterhead baru satu hal yang lain.

    Signboard untuk kemeterian dan jabatan-jabatan serta PPD berapa banyak pula belanjanya? Berjuta pula akan habis seperti mana pertukaran Sekolah menengah kepada Sekolah Menengah Kebangsaan dahulu.

    Fikir-fikirkanlah!

    BalasPadam
  3. Benar bro...... pendidikan ke...pelajaran ke ..... cuma pada nama sahaja. YANG PERLU DITANGANI SEGERA IALAH ISU KEWUJUDAN SJK YANG SEDIKIT PUN TIDAK MEMBANTU INTEGRERASI ANTARA KAUM, SEBALIKNYA MEMBINA DINDING PERKAUMAN YANG AMAT TEBAL DALAM KALANGAN RAKYAT MALAYSIA.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…