Orang Cina Paling Kuat Merasuah |
Begitu juga seorang rakan kepada calon Pas di Lenggong, rakannya yang disiasat oleh SPRM terjun bangunan untuk melarikan diri dan akibatnya menemui maut. Calon Pas Lenggong di nasihatkan supaya bersara awal.
Dahulu seorang menteri yang sangat berpengaruh telah dipecat oleh Tun Mahathir ketika itu kerana terlalu korup dan salah guna kuasa. Semua orang masih ingat bagaimana beliau menang bergaya menewaskan Tun Ghaffar pada tahun 1993. Mana datang wang yang banyak kalau tidak korup.
Dalam YouTube banyak kali ditayangkan rakaman sulit menunjukkan polis trafik menerima rasuah dan yang memberi rasuah adalah kaum wanita di atas. Ada juga yang membayar ratusan ribu ringgit kepada orang-orang tertentu hanya untuk mendapatkan gelaran "Datuk' tetapi apabila gagal, mula lah melaporkan kepada pihak polis kononnya si polan-si polan menipu beliau. Ini pernah terjadi di Perak beberapa tahun dahulu.
Begitu juga kita sering mendengar cerita tauke kedai cyber caffee, kedai snuker , rumah pelacuran memberikan wang pelindungan bulanan kepada penjawat awam agar aktiviti haram mereka tidak ditutup atau diambil tindakan.
Bab rasuah ini terlalu banyak jika nak ceritakan, cara yang terbaik ialah kumpulan anak muda ini membuat demo membantah budaya rasuah di kalangan kaum mereka sendiri sebelum menyalahkan orang lain.