Selasa, 4 Jun 2013

Anak Kelantan Menzalimi Rakyat Miskin

Kelmarin dalam berita telah mendedahkan masalah air bersih yang tidak ada penghujungnya. Kini musim kemarau melanda lagi dan ia amat dirasai oleh penduduk Kelantan.

Mereka mengharap kan kerajaan Pas berakhir tetapi usaha itu gagal kerana dizalimi oleh anak-anak negeri yang berada di luar seperti Lembah Kelang, Perak, Penang dan Johor.

Kebanyakan pengundi yang duduk diluar Kelantan menikmati hidup yang selesa di rantau. Mudah mencari rezeki, mudah membeli rumah, mudah ke tempat kerja, mudah mencari pekerjaan.

Jika mereka tidak berhijrah dan terus menetap di negeri mereka, mereka akui akan mengalami kesempitan hidup. Masalah air, kebersihan, masalah rumah, masalah sekolah yang tidak banyak jumlahnya.

Kesemua masalah ini menyebabkan mereka berasa selesa berada di negeri orang. Di Taiping ramai rakyat Kelantan yang bekerja di sini, mengambil keputusan untuk membeli hartanah termasuk rumah di sini. Mereka ialah guru, kakitangan jabatan kesihatan, kakitangan jabatan-jabatan lain seperti tentera, polis, kastam, JPJ dan pesara tentera, semuanya menjadi penduduk tetap di sini.

Malangnya setiap kali pilihan raya, mereka berbondong-bondong balik ke Kelantan semata-mata untuk mengundi Pas. Bagi mereka Pas wajib menang.

Tetapi azab yang diterima oleh penduduk yang bermukim di Kelantan tidak diambil kira oleh mereka. Habis mengundi mereka balik ke tempat mereka mencari rezeki dan hidup dengan selesa di negeri orang.

Guru-guru yang bersepah di Johor, Lembah Kelang dan Perak tidak dapat memohon pertukaran balik ke Kelantan.

Jawapan yang diberi ialah tak ada kekosongan, macam mana nak kosong, jumlah sekolah di Kelantan tak banyak sebab penduduk kurang,  banyak sekolah berada dalam kategori SKM (sekolah kurang murid) sekolah cantik tetapi pelajar kurang.

Masalah lain adalah sikap pilih bulu, anak-anak ahli politik akan ditarik bertugas di Kelantan, anak-anak orang biasa dibiarkan bertugas di Ulu Tembeling dan Ulu Belaga Sarawak sebaik sahaja mereka ditawarkan kerja atau setelah tamat latihan

Inilah yang dikatakan anak-anak Kelantan menzalimi negeri mereka sendiri.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.