Ahad, 2 Jun 2013

ARKIB: Grand Design- Siapakah Menghancurkan UMNO Dari Dalam



Posted on March 11, 2012 by rmf7


Oleh rmf

Artikel saya pada kali ini, kebanyakan nya menjurus kepada isu Grand Design yang telah saya baca , Pada kali ini saya tidak memperdulikan siapakah yang bakal terkena getahnya, malahan saya tahu ianya akan menimbulkan rasa kurang senang dihati PEMBODEK, MUSANG yang ada didalam UMNO sendiri.

Melalui prinsip saya, Dibuang dari UMNO sekali pun saya sanggup, dan saya percaya apa yang saya katakan ini ada kebenarannya, tetapi tidak dapat diterima oleh kebanyakan orang UMNO sendiri.

Kita tahu di peringkat Blogger sebahagian daripadanya hanya menerima maklumat untuk di tayangan ke dalam blog dan untuk Hit post, Tetapi di peringkat Trooper Tracker dan Watcher ini mereka akan mencari dan mengalami sendiri apa yang berlaku di peringkat bawahan dan mengenali asas peristiwa tersebut.

Secara pecahannya pengundi di Perak pula,bilangan pengundi mengikut kaum adalah Melayu (53.1%),Cina (35.61%),India (10.88%) dan lain-lain (1.22%).Didalam pecahan ini berapa banyak kah undi yang bakal diterima oleh UMNO didalam Negeri Perak berdasarkan maklumat dan kajian

Di Perak umumnya,pada PRU akan datang-tiada pihak yang boleh merasa selesa dengan kedudukan sebenar,di mana BN akan turun sebagai kerajaan dan PR juga akan turun sebagai kerajaan.Jika dahulu dalam tahun-tahun sebelumnya BN turun sebagai penyandang dan PR pula tidak meletakkan harapan yang terlampau tinggi,kini tidak lagi.

Tumpuan bakal terarah kepada siapa yang sebenarnya diiktiraf secara rasmi sebagai kerajaan di hati rakyat. Oleh itu,kedudukan akan dijangka panas di 18 buah kerusi terbabit kerana kekuatan kedua-dua belah pihak sebenarnya berimbang dan dipisahkan dengan majoriti yang kecil.

Untuk rekod juga,sepuluh kawasan panas tersebut diwakili oleh wakil BN manakala 8 daripadanya pula adalah wakil daripada Pakatan Rakyat. Persoalannya,adakah kerusi-kerusi tersebut bakal beralih arah atau kekal di status quo masing-masing?

Mampu kah BN Perak mempertahankannya serta mengambil semula kerusi kerusi yang telah dihumban kepada pembangkang? Di manakah War ROOM UMNO, Trooper UMNO , TRACKER DAN WATCHER untuk melakukan penyelinapan didalam rangkaian UMNO sendiri untuk mengesan MUSANG selain JASA, POLIS, RISIK, yang memainkan di peringkat satu lagi.

Jika kita hendak mencongak untung nasib politik sendiri memahami kekuatan lawan adalah sesuatu yang penting untuk kita mengatur gerakerja bersama.Jika kekuatan pihak lawan tidak dapat dikaji secara detail dengan strategi yang ampuh serta kepakaran dan kekuatan taktikal apakah BN /UMNO Perak mampu untuk menerjah masuk ke medan peperangan yang cukup kritikal didalam negeri Perak?

Pada hari ini, mengenali pemimpin atasan bukan satu kelebihan bagi kita untuk mengatakan bahawa tiada berlaku kepincangan didalam barisan, Ini adalah yang mengenali pemimpin itu adalah individu, Didalam konsep itu pemimpin yang menjaga individu yang lain sudah pastinya akan mendapat respons yang baik.

Tetapi bagaimana pula percaturan di semua peringkat Bahagian? adakah invidu tersebut mengetahui. Oleh sbb itu saya bersetuju dengan apa yang telah diposkan oleh Aktivis Keadilan didalam posnya yang menyatakan bahawa terdapat satu komplot menjual maklumat strategi demi imbuhan?

Didalam negara mana sekali pun jika satu satu maklumat itu berharga pastinya ianya akan menjadi rebutan kepada pihak lain untuk memperolehinya. Begitu juga didalam negeri Perak. Dengan kedudukan yang melebihi 3 kerusi sahaja maka pelbagai strategi yang digunakan untuk melebihi pihak lawan.

Didalam politik masa kini, kita seboleh nya tidak lagi menurut buku lama untuk membentuk kekuatan akan tetapi kita perlu mengkaji sejauh mana kekuatan pihak lawan untuk kita menyerang dan bertarung dengan mereka, kita tahu UMNO BN mempunyai JASA, Polis, Risik dalam mendapatkan maklumat maklumat,

Ini ternyata hanya maklumat bagaimana tetapi bagaimana dengan pelaksanaan yang harus dibuat melalui maklumat tersebut? Apakah hanya dengan sekali melakukan program akan dapat pengundi melupakan pembangkang?.

Lihatlah bagaimana gendang perkauman, kemiskinan, skandal dipalu dan di canang rentaknya tingkah-bertingkah dimainkan oleh pembangkang untuk mengubah sokongan rakyat kepada mereka, .Adakah kita fikir strategi itu tidak menjadi?Sebenarnya,cakap-cakap perkauman ini masih lagi laku dalam kalangan orang Melayu luar bandar yang tidak mengikuti media baru.

Serangan tersebut hanya baru kita lihat di peringkat yang nyata, tetapi bagaimana pula di peringkat didalam kelompok UMNO sendiri? Saya rasa ini lah yang dimaksudkan oleh Aktivis Keadilan didalam Grand Design yang mana berlaku dan sedang berlaku didalam UMNO masa kini-

Siapakah di antara pemimpin UMNO yang mempunyai rangkaian untuk memantau situasi ini dan mengambil tindakan segera? Sebaliknya berlaku satu keadaan yang cukup parah lagi di mana bila mana ianya terkesan , kesatuan didalam nya akan mula mengecil – Bila kesatuan mengecil di manakah kekuatan yang sebenarnya? Siapakah yang mengecilkannya .apakah kaitannya dengan strategi pembangkang?

Sebagai contoh yang nyata, cuba kita lihat secara rambang dan kasar berapa banyakkah Bahagian yang mempunyai masalah sokongan dan mempunyai puak puak tertentu di kalangan orang orang UMNO sendiri? didalam hal ini kita fokus kan kepada berapakah undi yang bakal dinikmati oleh BN/UMNO jika perkara ini berlarutan? bukankah percaturan sedemikian mempunyai talian nya dengan strategi membunuh kekuatan?

Siapakah yang memulakan strategi ini?, Kenapa ianya ditumpukan kepada BN/UMNO – Siapakah yang seharusnya bertindak secara drastik didalam hal ini. Pemerhatian penuh suasana politik masa kini yang mana terdapatnya “musang ” didalam UMNO sendiri.

Bukan kah mereka ini di kalangan mereka yang hanya tahu membelasah projek didalam UMNO dan amat kurang berjuang didalam UMNO jika mereka tidak mempunyai habuan yang bakal mereka terima. Ini lah pengkhianatan yang sedang banyak berlaku didalam UMNO.

Sudah menjadi lumrah pertandingan, mana mana pasukan yang mempunyai kelebihan strategi akan lebuh terbuka dan ruang untuk memenangi pertandingan tersebut, Cuba kita lihat bagaimana pasukan daripada pembangkang yang All Out didalam serangan mereka luar dan dalam UMNO sendiri,

Malahan saya berani katakan ada kalanya pengkianatan tingkah laku daripada pemimpin UMNO sendiri telah membuka ruang kepada pembangkang untuk membunuh UMNO. Sebagai contoh yang nyata , mari kita imbas semula isu Bersih 2.0 – apakah dengan menunjuk kekuatan Patriot didalam demo akan memberikan kesan positif untuk UMNO, malahan ianya telah dijadikan peluru oleh pembangkang untuk membunuh UMNO.

Sebagaimana kita maklum bahawa UMNO / BN mempunyai kawasan-kawasan Dun di Perak yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional khususnya UMNO iaitu Dun Pengkalan Hulu,Temenggor,Kenering,Kota Tampan,Batu Kurau,Lintang,Hulu Kinta,Bukit Chandan,Belanja,Bota,Tualang Sekah,Chenderiang,Ayer Kuning,Sungai Manik,Kampung Gajah,Pangkor dan Slim.Jika di congak,terdapat 17 buah kerusi selesa untuk Barisan Nasional di Perak.

Di peringkat Pakatan Rakyat pula terdapat 16 kerusi selesa DAP,dua untuk PKR dan dua untuk PAS.Ini bermakna terdapat 20 kerusi selesa untuk Pakatan Rakyat.

Jika ditambah 20 kerusi Pakatan dan 17 kerusi Barisan,maka terdapat 37 buah kerusi quo daripada kedua-dua belah pihak,maka masih terdapat baki 22 buah kerusi Dun yang perlu direbut oleh kedua-dua belah pihak bagi membentuk kerajaan.

Sebagaimana yang saya sebutkan tadi pengecilan kekuatan akibat perpecahan didalam kesatuan UMNO, apakah didalam negeri Perak UMNO BN mampu untuk memperolehi lebihan kerusi jika keadaan UMNO sendiri yang goyah? Mampukah UMNO Perak untuk perjuangan dgn hati yang berbelah bagi, dengan pengkhianatan di dalamnya.

Secara umumnya,perlumbaan kali ini bukan hanya mahu mendapat kerusi mencukupi untuk membentuk kerajaan tetapi lebih daripada itu mendapatkan seberapa banyak jumlah kerusi supaya mampu membentuk kerajaan yang kuat sekaligus mengelakkan peristiwa lompat parti berulang kembali.

Oleh itu,untuk mendapatkan kerajaan yang kukuh,sesebuah parti perlu mendapatkan sekurang-kurangnya 40 buah kerusi supaya kedudukan dalam Dun menjadi 40-19 dan mencapai kedudukan 2/3 dewan.

Kunci utama kemenangan oleh mana-mana pihak terletak kepada sokongan sejumlah besar pengundi atas pagar yang bersikap non-partisan.Untuk menang,sokongan atas pagar ini perlu ditarik dan semestinya untuk menarik itu, di sana perlu ada faktor-faktor penarik yang perlu digunakan selain mengelakkan seberapa banyak faktor menolak pengundi terhadap UMNO

Persoalannya sekarang,apakah Umno di Perak itu ditolak sepenuhnya oleh rakyat Perak?Jika Ya,apakah faktornya?Itu sebenarnya adalah sesuatu yang menarik untuk di perhatikan- Pemerhatian yang boleh dilakukan dengan melihat ” Apakah Sikap dan pengkhianatan didalam UMNO sendiri yang membunuh kepercayaan pengundi?

Tetapi apakah daya penarik yang boleh pengundi menerima kembali UMNO selain daripada Transformasi dengan pelbagai sumbangan kepada rakyat- Perkara utamanya ialah sudah tentu lah sikap yang ada di kalangan kepimpinan tersebut, adakah mereka mendahulukan rakyat atau mendahulukan perut mereka sendiri. Rakyat melihat perkara ini, dan keswan nya adalah semasa PRU 13 nanti.

Perlu diingatkan bahawa masyarakat Melayu dan mana mana masyarakat sekali pun adalah satu komuniti yang mementing kan semangat kekitaan dan persaudaraan dalam sesebuah kawasan.Oleh itu,maka tidak hairanlah apabila kriteria utama untuk menjadi wakil rakyat bukan hanya bersandar kepada kelayakan ikhtisas dan akademik tetapi lebih kepada aspek “senang kira,mudah bahasa” atau dalam erti kata lain mudah didekati dan seorang yang cakna.Justeru, kebanyakan wakil rakyat yang diangkat adalah seorang yang prihatin

Jika ini dapat di laksanakan maka satu kelebihan UMNO untuk menarik sebanyak mana pengundi yang ingin melihat wakil rakyat mereka bersama bila diperlukan tanpa menayangkan kereta besar dan jaket bila mana bersama mereka.

Dalam pilihan raya umum yang lalu,UMNO dilihat mengungguli kerusi majoriti Melayu dan DAP menguasai kerusi majoriti Cina.Jika ini masih berlaku ,kedudukannya masih seimbang 17-16.Untuk menang,mana-mana parti tidak boleh bergantung kepada kawasan yang berdemografi majoriti sesuatu kaum,malah sebenarnya perlu menembusi kerusi campuran yang banyak di Perak.Oleh itu,isu perkauman adalah tidak relevan dalam kes di Perak.

Jika isu perkauman , kemiskinan , tingkah laku pemimpin cukup berjaya dimainkan di Perak,UMNO hanya mampu menang di kerusi Melayu (di mana mereka memang telah mendominasi di kerusi Melayu).Jika UMNO terus menerus dengan agenda turun padang serta tindakan yang terbaik daripada semua peringkat ,maka diyakini bahawa mereka akan mengungguli di kerusi-kerusi campuran di mana terdapat kawasan campuran yang dimenangi oleh calon Pembangkang PRU yang lalu.

Pilihan raya kecil Bukit Gantang adalah satu contoh kerusi campuran yang menarik untuk di perhatikan.

Dalam Pilihan raya Umum 2008,Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55 471 orang pemilih berdaftar.Secara umumnya,kawasan Bukit Gantang dianggap sebagai satu kawasan campuran dengan peratusan pengundi 63.5% Melayu,27.1% Cina,9.1% India dan baki 0.2% lain-lain kaum.Berikut adalah keputusan rasmi PRU12:

Allayarham Roslan Shaharum (PAS) 20 015

Datuk Azim Zabidi (BN ) 18 499

M.Morgan (bebas) 872

majoriti: PAS – 1566

Sebenarnya, sekiranya kita rajin untuk memerhati kan perkara ini,peralihan undi Cina di Perak kepada DAP bukan berlaku pada tahun 2008 tetapi semenjak tahun 2004 lagi menjadikan DAP menjadi wakil pembangkang teramai di Parlimen kebanyakannya disumbang kan oleh kerusi-kerusi dari negeri Perak seperti Ipoh Timor,Ipoh Barat dan Batu Gajah.Maka,adalah diyakini bahawa sokongan ini akan kekal disebabkan tiadanya faktor menolak yang jelas dalam kalangan pengundi Cina terhadap DAP di Perak.

Pada 7 April 2009,satu Pilihan raya kecil di P59 Bukit Gantang diadakan setelah kematian penyandang,Haji Roslan Shaharum (Pas) secara mengejut akibat serangan penyakit jantung.Keputusan PRK Bukit Gantang tersebut menunjukkan Pas menang dengan majoriti 2789,meningkat daripada 1566 sebelumnya.

Jumlah undi yang diperolehi oleh calon Pas,Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah sebanyak 21 860 manakala calon BN,Ismail Saffian pula memperoleh 19 071 undi.Walaupun terdapat peningkatan undi buat Barisan Nasional,itu belum cukup untuk menafikan pertambahan undi yang tinggi terhadap Pas,di mana secara logiknya UMNO sepatutnya mendapat lebih undi memandang kan ketika itu heboh isu penderhakaan terhadap Sultan Perak.

Pas dilihat tidak hilang sokongan pengundi Melayu,(malah dilihat menetap dan bergerak dalam jumlah yang sedikit daripada turun naik undi),walau bagaimanapun memperoleh hampir 85 peratus undi Cina di kawasan Kuala Sepetang,membuktikan betapa isu perkauman hanyalah perangkap makan tuan buat Barisan Nasional.

Didalam hal ini, kita masih ingat bagaimana Ketua Pemuda UMNO Malaysia dilarang untuk datang ke Bukit Gantang didalam proses kempen berlaku, kenapa? Sebagaimana yang telah saya katakan rangkaian terdahulu dan sikap sebelum ini merupakan penghkianatan terhadap parti- Ini sedikit sebanyak telah menolak undi yang ada pada UMNO/BN kepada pihak lain.

Telah saya katakan didalam post saya sebelum ini, apakah UMNO /BN tidak dapat melihat satu perubahan drastik akibat daripada isu isu yang melibatkan sokongan dan kepercayaan pengundi terhadap pengkhianatan kepimpinan terhadap parti.

Bagi Pendapat saya, UMNO harus lebih bersifat terbuka dalam hal ini, UMNO seharusnya lebih peka kepada lawan mahu pun kawan, kerana didalam percaturan politik masa kini , kawan adalah bersifat lawan, dan lawan tetap lawan, kelebihan mengkaji dan menggunakan medium terbaik oleh MB Perak untuk mengesan perkara ini adalah satu kelebihan, terutama dari bukan kalangan orang politik,

Saya berharap MB Perak lebih peka dengan apa yang ada disekelilingnya, kita tahu MB Perak adalah se4orang yang cukup berkarisma tetapi didalam menempatkan bekas musuh didalam jawatan adalah satu kesilapan yang amat besar dan bahaya.