Rabu, 19 Jun 2013

Bagus! Ambil Tindakan Segera Sebelum Ia Menjadi Bertambah Besar

Ini satu lagi ajaran yang kononnya sufi dan semakin berkembang di Malaysia
Pengaruh Syiah dalam Malaysia perlu dibenteras sepenuhnya. Hari ini Jabatan Agama Islam Negeri takut untuk bertindak kerana kebanyakan ahli Syiah adalah penyokong atau ahli Pas. Oleh itu Pejabat Agama seolah-olah menutup mata sebelah dalam isu ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedia membantu Kerajaan Persekutuan dan negeri menghalang penularan ajaran Syiah daripada mempengaruhi masyarakat Islam di negara ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihaknya akan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan perintah yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Hal Ehwal Agama Islam Negeri bagi mengekang fahaman tersebut.
"Oleh kerana hal ehwal agama terletak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan negeri, jadi KDN tidak berhasrat untuk campur tangan tetapi daripada segi pelaksanaan dan penguatkuasaannya, PDRM lazimnya diminta untuk lakukannya.
"Ini bermaksud KDN akan membantu Kerajaan Persekutuan dan negeri melaksanakan penguat kuasaan akidah dan syariah Islam," katanya.
Tm dah beratus kali menyiarkan gambar dan artikel mengenai penyebaran agama Syiah di Malaysia tetapi seolah-olah sepi. TM mula mengkaji ajaran Syiah sejak tahun 80an lagi yang dilebelkan bukan Islam oleh beberapa orang tokoh agama tempatan

Perak dikatakan menjadi pusat perkembangan ajaran Syiah dan ia bertumpu di daerah Kerian dan Kamunting Taiping.