Ahad, 2 Jun 2013

Blackout 505 Tampil Tiga Tuntutan.



3 tuntutan 3 Abdul; Pembangkang ingin meneruskan program blackout ke seluruh negara untuk menuntut tiga perkara seperti berikut;

  1. Keseluruhan anggota SPR letak jawatan disebabkan kegagalan mereka memastikan PRU 13 berjalan telus, cekap tanpa keraguan dan memenuhi janji mereka kepada rakyat seperti tuntutan bersih dan lantik baru dari kalangan civil society dan mesti di persetujui oleh PKR 
  2. Adakan semula PRK di 30 kawasan parlimen yang diragui bila mana bukti kukuh dibawa yang mana dimenangi oleh BN dan yang dimenangi oleh pembangkang semua OK.
  3. Tangguh semua bentuk undang-undang semula dan tangguh persempadanan semula satu suruhan jaya dilantik.
Oleh itu siri blackout 505 diteruskan sehingga tuntutan dipenuhi, 

Nampak jelas bahawa PKR mencetuskan idea untuk mengadakan blackout seluruh negara dan mengajak rakyat turun untuk menyokong mereka.

Zaman dahulu sewaktu penentangan Malayan Union, rakyat turun membuat bantahan hari cetusan dari peringkat akar umbi bukan seperti blackout 505 yang diilhamkan oleh beberapa individu tertentu yang gagal menawan Putrajaya. 

Tadi 3 Abdul ada menyebut bahawa blackout di Sabah dan Sarawak akan diumumkan kemudian selepas mendapat lampu hijau dari komiti di sana dan misi ini tergendala berikutan Nurul Izzah diharamkan mememasuki Sabah. Jika tidak Nurul akan berbincang untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Satu lagi nak tanya kenapa pembangkang menggunakan bahasa Inggeris sebagai nama perhimpunan haram itu sebagai Blackout 505 kenapa tak guna bahasa Melayu seperti demo BERSIH dahulu?