Langkau ke kandungan utama

Dari Email: isu panas CIMB

 
Sila  buat lapuran tuan pada Bank Negara dengan SEGERA


2013/4/30 mohd zaki <masterzaki@gmail.com>
 
1. Dimaklumkan lebih kurang 5 petang pada 29 April 2013 saya telah memasukkan RM300 ke dalam mesin cash deposit di ATM CIMB Cawangan Kajang. Bayaran itu adalah untuk menjelaskan bayaran kereta Perodua Kenari saya yang berjumlah RM264.00 sebulan.

 2. Namun tadi saya telah menghubungi pusat panggilan auto finance CIMB di no 03-22956688 pada 30 April 2013 jam 12.00 tengahari untuk pengesahan bayaran yang telah saya bayar semalam.

 3. Secara logiknya, bayaran bulanan yang dipersetujui dalam perjanjian hire-purchase adalah RM264.00.  Dan saya telah membayar RM300.00 ke dalam mesin atm cash deposit. Sepatutnya ada lebihan wang sebanyak RM36.00 yang dimasukkan ke dalam bayaran bulanan yang akan datang.

 4. Namun saya difahamkan oleh pegawai perkhidmatan yang menjawab panggilan telefon tadi, bernama Cik Yana, CIMB Bank tidak lagi mengkreditkan wang lebihan yang dibayar oleh pelanggan ke dalam bayaran ansuran bulan yang akan datang.

 5. Jadi ke mana lebihan wang saya disalurkan?Jika wang lebihan RM36.00 itu untuk seorang pelanggan macam saya, cuba pihak tuan kalikan dengan jumlah pelanggan CIMB yang mungkin mencecah 2 juta orang, maka jumlah wang yang diambil oleh CIMB bank ini berjumlah RM72 juta. Bukankah ini satu penyelewengan salah yang dilakukan oleh pihak bank?

 6. Pegawai CIMB berkenaan menyatakan duit lebihan itu akan dikumpulkan sehingga genap jumlah yang sama dengan bayaran ansuran bulanan iaitu untuk kes saya sebanyak RM264.00 barulah lebihan wang itu akan dimasukkan dalam akaun saya.

 7. Soalan saya, sehingga wang itu dikumpulkan genap menjadi sama nilai dengan bayaran bulanan itu, maka di mana wang itu diletakkan? Sepatutnya ke dalam akaun pinjaman pelanggan juga, namun ia tidak berlaku. Kerana dimaklumkan bahawa wang lebihan itu tidak dikira sebagai bayaran ansuran untuk bulan akan datang. Jadi di mana wang lebihan itu diletakkan?

 8. Kemudian pihak CIMB Bank menganiaya pelanggan kerana di mesin atm cash deposit, wang seperti RM1 atau sen tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin, jadi bagaimana pelanggan mahu menggenapkan bayaran bulanan seperti kes saya yang berjumlah RM264(dan ada sen). Sudah pasti pelanggan akan membayar lebih iaitu RM300 bagi menggenapkan nilai tersebut. Tetapi wang lebihan itu tidak pula dikira untuk bayaran ansuran bulan akan datang. Jadi di mana keadilannya untuk pelanggan?

 9. Pelanggan tidak dibenarkan membuat bayaran ansuran bulanan kereta di kaunter kerana menyusahkan pegawai yang bertugas di kaunter, maka kami disuruh membuat bayaran di atm mesin cash deposit, tetapi perlu membuat bayaran lebih sebab mesin tidak boleh menerima nilai genap Ringgit dan sen. Jadi soalan saya, adakah ini cara terbaru CIMB Bank mengambil keuntungan berjuta ringgit dengan cara menzalimi pelanggan?

 10. Saya juga ingin memaklumkan CIMB membuat undang-undang baru ini tanpa memaklumkan kepada pelanggan secara bertulis atau tanpa notis surat. Maka ini semua adalah satu kesalahan yang berat yang dilakukan oleh pihak CIMB kepada pelanggan. Mengambil duit pelanggan tanpa pengetahuan pelanggan. Wang lebihan yang dikatakan dikumpulkan itu mungkin akan dimasukkan ke dalam akaun tertentu yang memberi keuntungan kepada CIMB dengan cara mudah.

11. Saya memohon pihak bank negara menjalankan siasatan dengan segera ke atas tindakan CIMB Bank yang menzalimi rakyat jelata dan pelanggan bank khususnya.

Pohon lain-lain pendapat semua sahabat.

Pengguna 1 satu suara, satu kekuatan,

Terima kasih.

M. Zaki A. Lati
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ulasan

  1. Pakaila internet banking. Kalau takde komputer atau takde internet, biasanya cawangan cimb yg besar ada sediakan komputer. Boleh la pakai kaunter ttp kena bertegas la nak guna kaunter dan juga kena korban masa lebih.

    BalasPadam
  2. Salurkan aduan anda ke Bank Negara Malaysia.
    Borang aduan BNM boleh didapati di semua Bank.
    Keadaan ini juga berlaku di Ambank....tapi saya tetap berkeras membayar bayaran (installment amount) di counter. Kalau bayaran melalui Cash Deposit machine ada lebihan wang kita atau baki yg akan menjadi wap hilang diudara.

    BalasPadam
  3. Memang benar apa yg sdr katakan

    BalasPadam
  4. bank cimb adik najib punya hehehe...

    BalasPadam
  5. Salam 2 all..jom tengok kuliah agama di www.kuliahtube.com

    BalasPadam
  6. Kalau tak silap aku , blog ni yg hentam pekerja CIMB buat demonstrasi kat depan CIMB Taiping hari, blog ni jugak kata demo ni pro pembangkang. Skaragn engkau tau bhw adik Najib ni memang penipu besar.Engkau bukak FB dia, manager dia semuanya Cina babi...sekor Melayu pun tarak. Siap declare lagi , cinabeng ni lah yg menyebabkan dia berjaya.
    Sekarang siap puji "Azran gay Air Asia jamban murah" lagi....baru ada faham skarang knapa staf CIMB buat demo...lu ada brani mau kondem sama itu Nazir cimb tu ke bro...atau lu memang taksub Najib dan UMNo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen terbaikkkk...Blogger kadang kadang suka serbu tembok dan berpandangan sempit

      Padam
  7. Jangan biarkan diri kita anda dan semua dizalimi oleh rumah perbankan kapitalis penyusah, pelanggan padahal tanpa pendeposit siapalah CIMBingung dan bank bank pemakan riba yg lain.

    BalasPadam
  8. Adik Najib ka anak Nik Aziz ka atau Anak anuar ibrahim. Salah tetap salah. X payah ketawa sinis Tanpa Nama. Negara ni ada undang2.

    BalasPadam
  9. bukan CIMB saja macam tu lah. bank2 lain pun sama. apa benda cimb saja kena ?

    BalasPadam
  10. Bulan depan bayarla tilak jumlah yg terlebih tu ......... Jzngan jadikan ini isu politik. Grow up......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahulah awak bekerja dengan CIMB dan tak perlulah nak sakit hati bila bank tempat anda bekerja dianggap bank PENIPU

      Padam
  11. Sya tkut nk byar loan kete kat cdm..tkut jd gtulah.n btul ke dt lbihan kite byolr tu lesap je??

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perihal Elaun Keraian Kakitangan Kerajaan

ELAUN KERAIAN
BAGI pegawai-pegawai kerajaan gred 43 ke atas, mereka di peruntukkan dengan elaun keraian yang merupakan sebahagian daripada pendapatan mereka. Elaun minima RM400 sebulan di kecualikan daripada cukai pendapatan.

Imbuhan Tetap Keraian yang diberikan kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai tertentu dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional merupakan elaun yang dibayar atas kadar tetap secara bulanan.

Tujuan pemberian Imbuhan Tetap Keraian adalah sebab jawatan dan tanggung jawab pegawai memerlukan mereka meraikan tetamu bagi mewujudkan suasana ramah mesra. -- FAQ SSM oleh JPA

Namun pada kebiasaannya, Imbuhan Tetap Keraian ini hanya digunakan untuk meraikan diri sendiri ataupun keluarga sendiri sahaja ataupun untuk membayar hutang-hutang peribadi sahaja.

Andai kata ada tetamu yang datang ke pejabat dan mereka di jamu, itu adalah dari perbelanjaan pejabat. Malahan ada pejabat yang membayar makan minum tetamu yang diraikan di hotel/restoran menggunak…

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?

(By: Ariff Ahmad)
Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  
Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.
Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  
Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene
👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah
a) Mokhzani Mahathir dan 
b) Ibrahim M…

APA SEBENARNYA TUN MAHATHIR MAHU?

TS Zeti dan Tun Daim telah mengakui ekonomi negara kekal kukuh dan rezab simpanan negara mempunyai rm436 billion, tertinggi dalam sejarah negara!
Terbaru Tun Mahathir telah membuat kenyataan yang mana 1MDB ...penubuhan siasatan diRaja ( RCI ) tidak perlu kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan kesalahan pada Najib.
Kini semuanya sudah nyata dan jelas..100% sebelum ini isu2 tersebut telah di politikkan kerana ada sesuatu yang tersembunyi hanya Najib dan Mahathir sahaja yang mengetahui.
Dulu Mahathir kata Najib dan kerajaan BN perlu ditumbangkan untuk menyelamatkan negara dari MUFLIS  dan juga tak mahu aset2 negara dijual ke negara luar. 
Malah dengan konsisten mengatakan Najib penyamun dan pencuri harta rakyat serta mengayakan keluarga mereka.
Hanya 5 hari sahaja Mahathir dapat kuasa..segalanya sudah terjawab hanya dengan kenyataan Zeti dan Daim sahaja.
Adakah Mahathir jujur dengan perjuangan agama bangsa dan negara?
Dalam sejarah satu permainan politik yang amat kotor...fitnah, pembohongan…