Khamis, 20 Jun 2013

Kebakaran Terbesar di Sarawak Tahun Ini

kesan kebakaran malam tadi menghapuskan kesan sejarah


Sejarah dua penempatan awal orang Melayu di Sibu yang mana rumah mereka didirikan lebih daripada satu abad yang lalu sebahagiannya terpadam dari lipatan sejarah apabila sekurang-kurangnya 100 rumah kayu di Kampung Dato dan Kampung Hilir telah dibakar di dalam api yang paling teruk yang melanda negeri itu tahun ini.
api mulai padam setelah bahan bakar habis


Pada jam 8.30 malam, seramai 653 orang daripada 107 keluarga telah didaftarkan sebagai mangsa api kebakaran 3.40 petang yang dipercayai bermula dari sebuah rumah di Kampung Hilir yang ditinggalkan kosong kira-kira enam bulan yang lalu.
Laluan ke Kg Dato dan Kg Hilir


Tiupan angin kencang dan kering dari Barat Daya menyebabkan api merebak dengan cepat ke Kampung Dato dan hampir mencapai berdekatan Paramount Hotel.
api marak 


Sebuah surau di tengah-tengah Kampung Dato telah musnah.
Kg Dato dilihat dari bekas tapak hospital Low King How

Jalan Kg Dato yang menjadi laluan utama kedua-dua kampung gagal untuk menghalang api menyeberangi jalan tersebut apabila api terus marak, melintasi jalan tersebut dan terus mengganas di rumah bagan di sepanjang tebing Sungai Igan

Penduduk hanya mampu menjadi penonton dalam keadaan cemas dan menyeramkan . Kebakaran ini ialah yang terbesar berlaku di Sarawak tahun ini.

Pemimpin masyarakat Temenggong Datuk Wan Hamid berkata, terdapat lebih daripada 200 buah rumah di Kampung Dato. Sekarang pihak kerajaan akan berusaha untuk menyediakan tempat tinggal sementara kepada mangsa.

Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata polis telah menubuhkan satu bilik operasi pada SRK Abang Ali.

http://www.melanaublogger.com/2013/06/video-eksklusif-kebakaran-di-sibu.html