Isnin, 3 Jun 2013

PEMBAHAGI JALAN PERLU DIBINA DI JALAN STESEN KAMUNTING

Lori ini sesuka berhenti untuk memunggah barang

Kawasan kerap berlaku kemalangan



Jalan Stesen Kamunting Taiping semakin sibuk, berkat kemajuan yang dibawa oleh kerajaan, Kamunting muncul sebagai sebuah bandar satelit  Kamunting juga satu-satunya kawasan Dun yang masih dimenangi oleh Umno sejak sebelum merdeka lagi.

Era tahun 60an Jalan Stesen ini adalah jalan mati dan penghujung jalan ialah stesen keretapi. Kemudian kerajaan membangunkan kawasan perindustrian dan ia telah memberi nafas baru kepada kemajuan bandar ini.

Dahulu dikiri kanan jalan ini ialah kawasan perumahan terbesar pekerja lombong, dan 4 buah banglo pengurus-pengurus lombong. Tapak rumah pengurus kini ialah pusat jualan Perodua, Kedai MKJ dan 1Stop, di seberang jalan ialah KFC dan medan selera. Tanda yang masih kekal ialah beberapa batang pokok Sena yang masih kukuh.

Pembahagi jalan perlu dibina bermula dari pembahagi yang sedia ada di sebelah masjid sehinggalah ke lampu isyarat  depan KFC. Ini kerana banyak kemalangan maut berlaku setiap tahun.

Kini Jalan Stesen juga merupakan pintu masuk ke Taiping melalui lebuh raya melalui N4 Taiping Utara