Rabu, 19 Jun 2013

Penceramah Pas berpendapatan RM50 ribu sebulan

Apakah kekayaan beliau juga akan menyusut selepas tamat PRU 13?


Seorang pesara kagat yang kini bergelar imam masjid jamek dan guru takmir mampu meraih pendapatan bulanan sebanyak RM50 ribu sebulan semata-mata hasil daripada ceramah agama dari waktu subuh hingga ke kuliah maghrib. Jumlah pendapatan itu tidak termasuk elaun guru takmir dan elaun imam yang dibayar oleh kerajaan Perak.

Sekali berceramah beliau memperoleh sumbangan tidak kurang daripada RM 50 satu sesi ceramah.  Masjid atau surah yang kerap menjemput beliau adalah masjid pro Pas.

Tugasnya ialah memberi ceramah agama dan juga menyampaikan mesej misi dan visi parti Pas untuk menawan Perak dan Putrajaya. Oleh itu segala isi teks dalam ceramah hendaklah menyebelahi Pas dan menghentam kerajaan , BN dan Umno secukup-cukupnya supaya jemaah membenci kerajaan yang memerintah.

Habis ceramah biasanya penceramah akan berkata " Yang baik datang dari Allah dan yang tak baik datang dari saya sendiri"  dan penceramah akan memohon ampun dan maaf kepada makmum. Begitulah proses menghalalkan cara dilakukan oleh beliau.

Hari ini beliau kesal kerana Pas tidak membela nasibnya apabila dihentam teruk oleh blogger Taipingmali kerana mendedahkan kegiatan haram beliau yang mempergunakan Islam untuk kepentingan politik

Tidak hairanlah ada imam yang datang dari daerah lain untuk bermastautin di Taiping. Salah seorang imam datangnya dari Manjung Perak. Oleh kerana namanya sudah tak laku di sana kerana sering menyalah gunakan mimbar masjid menyebabkan beliau berhijrah ke Taiping dan hidup mewah di sini.

Hari ini jika kita lihat Imam atau penceramah memandu kereta mewah jangan lah kita hairan, kerana mereka memang mampu berbuat demikian.  Ada memandu Mercedes, Harrier, Ford Feista, Honda Civic, Camry dan sebagainya.

Penceramah atau imam tersebut juga telah mengaku bahawa beliau mengubah suai teks khutbah Jumaat atau menulis sendiri teks tersebut demi perjuangan dan kemenangan parti Pas.

Hari ini beliau menyesal dengan perbuatannya kereta apabila beliau dikritik oleh Taipingmali, tidak ada pembelaan daripada pihak Pas.

Kini PRU 13 sudah pun berlalu, aktiviti ceramah semakin kurang dan fulus semakin menipis seperti pelakon Leftenan Adnan, kereta banyak tak habis hutang lagi. Isteri punya sudah tiada dan beliau telah mengambil keputusan untuk berhijrah dan tidak mahu lagi menjadi hamba dan pecacai Pas. Dosa beliau memfitnah orang selama ini tak ada siapa nak tanggung.