Rabu, 26 Jun 2013

PRK lagi

Exco kerajaan negeri Terengganu Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair hari ini, tujuh hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Laporan media menyebut, A Rahman, 55, meninggal dunia pada jan 10.18 pagi ini di hospital berkenaan di Kuala Terengganu.

Bermakna satu PRK pertama akan berlaku.

Sebelum ini calon BN Adun Selinsing Perak telah meninggal dunia kerana serangan kuman pada jantung. Di takdirkan arwah kalah dan tiada PRK jika tidak Dun Selinsing lah akan menjadi gelanggang pertama PRK.

Timbul persoalan apabila banyak PRK selepas PRU 12 yang melibatkan Parlimen Kuala Terengganu, Bukit Gantang, dan beberapa Adun di Pulau Pinang, Kelantan, Johor, Negeri Sembilan dan lain-lain.

Maka timbul cadangan supaya setiap calon akan melalui ujian atau pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Persoalan TM sejak kematian calon BN Selinsing ialah adakah semua calon BN telah menjalani pemeriksaan kesihatan?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 ulasan:

  1. org UMNO sekalian jngan la gelabah smcam.. bawak bertendang.. kalo ada PRK kmudian Pas menang.. DUN akan trgantung 16-16.. ajal adalah takdir Allah.. terimalah ketentuan bahwa UMNO masih kerajaan sementara masa maseh ada..

    BalasPadam