Sabtu, 15 Jun 2013

Punca kekalahan Pas Kamunting

Punca kekalahan Pas Kamunting dalam cubaan untuk menawan kerusi N16 telah dikenal pasti.

sebelum ini TM mendedahkan punca Pas ditolak di Kamunting ialah kerana Calonnya menerima dana yang besar daripada Dap.

Kedua ialah kerana membawa artis untuk berceramah.

Ketiga kerana calon berlakon dalam cerita pendek bersama Bob Lokman yang jelas tidak boleh diterima oleh pengundi.

Keempat wujudnya sokongan dan kerjasama dengan kumpulan Syiah.

Dan sebab lain ialah Allah tidak mengizinkan Pas menang.

Beberapa hari sebelum hari mengundi calon telah meminta rakannya mengadakan solat hajat.

Rakan beliau menerima permintaan atas dasar seorang kawan, walaupun solat hajat tersebut mahukan dia menang tetapi rakannya yang mengimamkan majlis solat tersebut telah memohon agar Allah menunjukkan kewajaran Nya siapa yang sepatutnya menjadi pemimpin yang boleh diterima dan memberi khidmat kepada rakyat khasnya kawasan Kamunting.

Ada juga majlis solat hajat oleh Pas yang diadakan di surau dan masjid supaya diberikan kemenangan kepada parti Islam yang dapat menegakkan syiar Islam dan ternyata hajat mereka ditunaikan dengan kemenangan kepada BN.

Selepas selesai pengiraan undi Allah telah memilih Dato Zahir sebagai wakil rakyat. Begitulah ketentuan Allah yang sebagai tanda kesyukuran Dato Zahir segera ke Mekah untuk menunaikan Umrah.

Pun begitu Pas dijangka akan membuat petisyen untuk kerusi N16 kerana tak puas hati undi pos atau undi awal tetapi telah membatalkan hasrat mereka pada saat akhir.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.