Rabu, 26 Jun 2013

VT Sigham sekali lagi memihak kepada pihak yang lawan kerajaan

Ibu kepada tahanan yang mati dalam lokap, A Kugan, N Indra berjaya memenangi tuntutan saman dikemukakan terhadap polis dan kerajaan Malaysia. 
 
Hakim Mahkamah Tinggi, VT Sigham memerintahkan defendan iaitu kerajaan dan polis membayar ganti rugi berjumlah RM851,700. 
 
Pada 13 Januari tahun lalu, Indra memfailkan saman menuntut ganti rugi RM100 juta dengan menamakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang ketika itu Ketua Polis Selangor sebagai defendan pertama. 
 
Defendan kedua adalah bekas anggota polis, V Navindran yang didapati bersalah mengakibatkan kecederaan kepada Kugan sebagai defendan kedua dan diikuti bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar dan kerajaan Persekutuan. 
 
Ketika ditahan, Kugan berusia 23 tahun dan adalah suspek kes curi kereta mewah. 
 
Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa semua defendan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anaknya semasa dia dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.