Isnin, 22 Julai 2013

Belum mula dah tangguh, alamatnya Anwar akan kalah




Kes rayuan Liwat II yang membabitkan pembebasan Anwar Ibrahim yang dijadual bermula hari ini terpaksa di tangguhkan berikutan peguam bela utama Anwar - Karpal Singh dilaporkan tidak sihat.

Menurut peguam Ramkarpal Singh bapanya masih terlantar di hospital. Sepanjang minggu lalu, Karpal juga dilaporkan berada di Hospital Kuala Lumpur.

Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada tiga hakim bersetuju menangguh kan perbicaraan itu ke tarikh lain selepas bersidang kira-kira 10 minit.

Pengurusan kes pula ditetapkan pada 1 Ogos ini.

9 Januari 2012 tahun lalu , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.